Sabtu, Mei 05, 2012


Haduh!!! Tak habis - habis lagi ke blog MyMassa ni nak buat pendedahan yang bukan - bukan dan memalukan puak Pakatan Pembangkang tu?

Jawapannya, TIDAK!!! Selagi puak - puak Pakatan Pembangkang tu suka menaburkan fitnah dan dakyah pembohongan, selagi itu pendedahan macam ni takkan berhenti.

Jadi, Semut akan terus sokong tindakan dan pendedahan yang dibuat supaya rakyat sedar dengan agenda jahat tahap zionis Israel yang dilakukan dek puak - puak Pakatan tu!!! Mereka jelas hanya mahu menjahanamkan Negara!!! Mana mungkin perkara itu dibiarkan!!!

MyMassa - Latheefa Koya mendakwa anak guamnya tidak bekerja. Lathefa juga buat cerita sedih kononnya anak Thangam terpaksa meminjam untuk hadir di mahkamah. Itu cerita mengenai R Thangam versi Latheefa Koya untuk meraih simpati.

Bagaimana pula dengan cerita R Thangam versi Malaysiakini ketika misinya melawan Tan Sri Isa Samad dalam isu FELDA. Sila baca dan bandingkan kedua-dua versi ini.
Thangam, kisah kejayaan peneroka bukan Melayu
Sekilas pandang, tidak ramai yang akan menyangka  R Thangam, 50, yang berpakaian segak, lengkap dengan tali leher dan lengan panjang yang berkafling adalah seorang peneroka Felda.


Anak pekerja estet dari Rembau itu, adalah bukti cerita kejayaan Felda.



Menceritakan pengalamannya di "rumah percutian" mewah miliknya di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan, Thangam, berkata bapanya antara sebilangan kecil masyarakat bukan Melayu yang dipilih untuk menyertai skim rancangan tanah untuk keluarga bagi miskin di Felda Sendayan pada tahun 1962.



"Saya dilahirkan dalam keluarga Felda. Ini sesuatu yang perit pada mulanya. Tiada kemudahan elektrik, tiada (bekalan) air.



“Malah, kami terpaksa menanam padi sendiri untuk makan, dan (ketika itu) ada belalang yang begitu banyak. Belalang itu hanya hilang seorang imam menunaikan solat," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.



Tidak seperti kebanyakan penempatan Felda yang lain, Felda Sendayan mencerminkan masyarakat majmuk negara ini. Rumah Cina, Melayu dan India boleh dilihat berselang-seli satu sama lain dan jiran-jiran masyarakat majmuk itu sering kelihatan berbual mesra di antara satu sama lain di kedai runcit.



Peneroka yang pernah menjadi penoreh getah, tetapi kini sudah bersara itu menganggarkan bahawa orang Melayu sekurang-kurangnya 75 peratus daripada peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Felda di negara ini adalah masyarakat Melayu. Ini diikuti dengan kira-kira 10 peratus penduduk India dan selebihnya kaum Cina dan kaum-kaum minoriti lain.
Masuk universiti 
"Bagaimanapun tidak ada lagi peneroka bukan Melayu diterima memasuki skim Felda, bermula akhir 1980-an," katanya.


Bagi Thangam, keputusan bapanya menyertai skim ini berjaya mengubah masa depan keluarganya.



Bermula dari keluarga yang miskin, Thangam kini berbangga dengan kejayaan mereka sehingga mampu menyekolahkan anak-anaknya ke peringkat universiti. Seorang daripada mereka kini adalah seorang doktor manakala seorang lagi adalah juruterbang. Anak gadis bongsunya pula, menjalani alam persekolahan yang cukup berbeza seperti yang dialaminya. 
Beliau meninggalkan penempatan itu selepas zaman persekolahannya pada usia 18 tahun dan menyertai angkatan tentera. Namun, Thangam pulang semula pada usia 29 tahun untuk menoreh getah di atas tanah bapanya. Tetapi kebakaran pada rumah jirannya mengubah segalanya. - Seterusnya, klik kat sini.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping