Sabtu, Mei 26, 2012


Wah!!! Kalau tengok tajuk, bukan main ganas lagi. Tapi, itu hanya tajuk sebuah filem. Kalau dalam bahasa sebenar. memang kasar sangat tajuk tu.

Apa ceritanya filem 'Aku Ada, Kau Ada???' ni? Kenapa hangat sangat cerita ni diperkatakan ketika ini? Meh baca ceritanya dibawah:
Jika selama ini, kita sering disajikan dengan drama dan filem Korea, kini penonton dan peminat masih boleh menikmati keindahan negara Korea, cuma bezanya, pelakonnya adalah selebriti Malaysia dan menggunakan sepenuhnya dialog Melayu. 

Itulah keistimewaan filem Aku Ada, Kau Ada??? arahan Rahila Ali yang dibintangi pelakon hebat seperti Yana Samsudin, Shaheizy Sam, Kamal Adli, Angah Raja Lawak dan dibantu pendatang baru, Wana Ali, dan Sufi an Ali.

Menjalani hampir 90 peratus penggambaran di Korea Selatan dan melibatkan tempat-tempat menarik seperti bandar Seoul, Pulau Jeju, penonton pasti akan terpesona dengan keindahan tempat-tempat yang dipaparkan dalam fi lem ini. 

Malah, pujian harus diberikan kepada Rahila kerana berjaya menampilkan syot menarik, pencahayaan yang cukup dan juga ‘mood’ yang sesuai dengan jalan cerita. 

Selain itu, keberanian Rahila untuk menyelitkan babak muzikal  termasuk ‘video klip’ runut bunyi fi lem ini, patut diberi pujian kerana bukan ramai penerbit dan Aku Ada, Kau Ada???

Pengarah berani mengambil risiko untuk menampilkan naskhah yang menyelitkan elemen muzikal. Jika tidak kena dengan cara penyampaiannya ia boleh kelihatan seperti fi lem Bollywood. 

Apatah lagi, melibatkan Sam dan Yana sebagai pelakon utama dan lakonan mereka memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Malah, Kamal juga sudah mula menunjukkan peningkatan lakonan dengan watak budak ‘poyo’ yang dijayakannya.

Gandingan Sam (Nordin) dan Kamal (Aziz) juga begitu baik, dek kerana perasaan dengki terhadap Nordin, Aziz sanggup buat apa sahaja bagi memalukan Nordin, namun akhirnya setiap perbuatan itu berbalik kepadanya.

Namun, dari segi skrip dan jalan ceritanya, masih banyak kekurangan sepatutnya boleh diperbaiki. Pendapat penulis, terlalu banyak babak pergaduhan antara Nordin dan Tina (Yana) dan ia kelihatan seperti berulang-ulang. 

Justeru itu, ia menjadi bosan dan bukan lagi rasa lucu. Namun, mengenangkan ia adalah fi lem pertama Rahila, maka wajar di beri peluang kepada pengarah muda ini memperbaiki kesilapan pada masa akan datang.

Filem ini mengisahkan Nordin Ahmad pelajar tahun kedua yang teringin dipandang “cool”. Masalahnya, setiap kali Nordin jadi tumpuan, dia akan panik, mula batuk dan akhirnya muntah. 

Aziz pula, seorang pelajar poyo yang perasan popular, selalu menyakat Nordin. Tina pula pelajar yang baru bertukar ke kolej Nordin untuk “99 Hari Senyum”, sebuah program khas untuk mengatasi sikap panas baran yang ditawarkan oleh Dr. Zida, kaunselor kolej.

Namun Tina dan Nordin rupanya ‘bermusuh sejak kecil dan bila mereka bertemu semula setelah 15 tahun berpisah, darah gemuruh Nordin makin teruk dan perasaan marah Tina makin menjadi. 

Makin lama mereka bertengkar, Tina tersedar dia sukakan Nordin, seperti 15 tahun dulu. Tina rasa dengan luah perasaan pada Nordin, dia akan dapat mengatasi sikap panas barannya tapi jika Nordin terima cintanya. 
Ps: Jangan lepaskan peluang untuk melihat Neelofa di Himpunan Jutaan Belia 2012 nanti. Datang la booth Bee Ant Blues. Kalau tidak, melepas la korang!!! Hehehe...
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping