KEMUNCULANNYA dalam dunia hiburan tanah air baru setahun jagung. Namun publisiti yang diterima oleh Noor Neelofa Mohd. Noor, 23, umpama sudah beribu tahun.
Sejak namanya dicanang sebagai heroin filem Azura, arahan Aziz M.Osman pada 2011, pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Dewi Remaja 2010 itu tidak henti-henti mendapat perhatian media.
Ternyata kecantikan semulajadi yang dikurniakan Allah itu secara tidak langsung membantu Neelofa mengukir nama di persada seni tanah air lebih pantas berbanding rakan artis yang seangkatan dengannya.
Pelakon yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu bukan sekadar mendapat tawaran berlakon drama malah turut diberi tanggungjawab sebagai hos dalam program Paparazzi dan Nona.
Antara drama lakonannya adalah Tahajud Cinta, Kasih Najihah, Kitab Cinta dan Jiwa dan Lara sementara filem, Hantu Kapcai, Lemak Kampung Santan, SAM dan Taiko.
Ekoran populariti mendadak itu juga ada cerita kurang enak yang mendakwa Neelofa mula besar kepala dan berlagak diva.
Isu Neelofa berlagak diva dibangkit kerana dalam Facebooknya dia menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pemilihan pakaian untuk rancangan Nona.
“Saya bersuara ada sebab bukan saja-saja nak tunjuk berlagak atau pandai. Apa yang saya luahkan dalam Facebook adalah untuk kebaikan program dan bukan kerana pentingkan diri," katanya membela diri.
Neelofa berkata, isu tentang pakaian sudah disuarakan beberapa kali kepada pihak berkenaan tapi tidak diambil tindakan dan cara terakhir adalah menyuarakan pada laman sosial tersebut.
“Apabila status itu mendapat reaksi daripada ramai orang, saya pun merujuk pada orang yang berpengalaman. Mereka kata, saya boleh menyuarakan rasa tidak puas hati tapi biar dengan cara betul.
“Atas nasihat itu, saya akan lebih berhati-hati di masa hadapan untuk menyuarakan pandangan. Sesungguhnya saya tidak ada niat untuk mengeruhkan keadaan atau tunjuk berlagak cuma menyuarakan rasa hati yang terpendam sahaja," katanya terus terang.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.