Siapa yang berani nak buat dakwaan terhadap Si Babiga dan Si Ketua Penipu tu? Berani betul nampak gayanya diorang nak buat benda tu tanpa memikirkan akibatnya nanti.
Takkan la diorang tak tau yang manusia dua orang tu maksum dan tidak boleh didakwa dimahkamah? Apa yang diorang buat semuanya betul belaka.
Lagi pun, apa yang diorang dah buat sehingga nak didakwa didalam mahkamah? Diorang tak de buat apa - apa pun. Yang diorang buat hanya mnecetuskan huru hara je.
Diorang bawak orang ramai berkumpul dan mengamuk di Dataran Merdeka. Itu sahaja. Adakah ianya menjadi satu jenayah untuk memulakan rusuhan?
Adakah rusuhan yang dibuat Sabtu lalu lebih besar jika dibandingkan dengan isu PKFZ, tipu Pilihan Raya dan sebagainya?
Dalam rusuhan tu hanya pihak Polisye yang kena belasah, kenderaan Polis dimusnahkan dan harta awam dijahanamkan. Itu je. Dan semuanya tu bukannya penting sangat pun.
Malah nyawa Polis dan anggota keselamatan tu semuanya tak berharga belaka. Mereka la yang perlu dipersalahkan sebab tak tunaikan tanggungjawab. Jadi, kenapa pulak Si Ketua Penipu dan Si Babigampang tu nak didakwa dimahkamah!!!
AYER KEROH – Penganjur utama perhimpunan Bersih 3.0, Datuk S Ambiga boleh didakwa sekiranya siasatan polis mendapati beliau perlu bertanggungjawab terhadap kekecohan pada perhimpunan lalu.
Selain Ambiga, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga boleh dikenakan tindakan sama sekiranya ada bukti jelas menunjukkan Penasihat PKR itu memberi isyarat supaya peserta perhimpunan memulakan kekecohan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusof berkata, siasatan terperinci sedang dijalankan polis bagi mengenal pasti pihak mana yang menyebabkan tercetus kekecohan sebelum biasanya dikemukakan kepada peguam negara.
"Undang-undang tidak berkompromi terhadap setiap mereka yang didapati bersalah kerana mencetuskan kekecohan sehingga mencederakan polis dan harta benda awam," katanya.
Menurutnya, beliau percaya, Ambiga serta beberapa pemimpin pembangkang temasuk Anwar akan dipanggil polis dalam masa terdekat untuk siasatan.
"Mengikut laporan di media, seolah-olah kekecohan itu diarahkan. Kalau ada bukti kukuh, tindakan akan diambil.
“Tiada seorang pun yang akan terlepas jika mereka didapati terlibat,” katanya ketika ditemui di Seri Bendahara, dekat sini semalam.
Sementara itu, Abu Seman berkata, tindakan polis melepaskan bom asap dan pancur air bukan dilakukan secara sesuka hati, sebaliknya mengikut justifikasi telah ditetapkan.
"Tindakan diambil polis begitu profesional. Tidak berlaku sewenangnya polis ambik tindakan melepaskan bom asap dan pancur air kerana ada sebab serta justifikasi polis buat begitu," katanya.
Kuasa mutlak untuk mendakwa atau tidak mendakwa adalah dimiliki olih Peguam Negara.Semua Polis Malaysia(regular)dari pangkat constable dan keatas,tahu mengenainya.Agak agak lah Ambiga sama Anwar ini peliharaan copratocracy mana?
BalasPadam