Rabu, Mei 30, 2012


Balik sahaja daripada Lembah Pantai tempohari, rupa-rupanya ada pertemuan dan mesyuarat khas istimewa dalam membincangkan politik Sabah. 
Azmin yang minta supaya mesyuarat ini disegerakan, kerana ada ‘permainan kuasa’ baru yang sedang berlaku di Sabah. 
Wujudnya bibit-bibit masalah dalaman PKR bukan lagi rahsia. Hebat. Semua orang PKR tahu. Malahan, katanya, secara sulit, Anwar sudah meminta pihak-pihak tertentu mewakili dirinya dalam melakukan negosiasi tanpa pengetahuan Azmin.
Sebagai orang lama dalam politik PKR, Azmin juga punya pengaruh. Ada beberapa Ketua Cabang yang memaklumkan kepada Azmin bahawa ada pihak ‘wakil DSAI’ yang berjumpa dengan mereka dan ingin melakukan negotiation. 
Ramai kalangan politician berpengaruh di Sabah yang semakin keliru. Who’s actually calling the shots? Siapa? Kalau Azmin, kenapa ada wakil lain yang diberikan tasking yang sama di bawah.
Azmin tidak selesa dengan beberapa nama veteran UMNO sabah yang mula dikaitkan dengan PKR (dan siap sedia diletakkan sebagai calon pilihanraya). 
Azmin mencadangkan agar keutamaan diberikan kepada kalangan ahli PKR yang setia. Namun, menurut Anwar: cycle itu akan melambatkan usaha ke Putrajaya. Anwar mahu mekanisme fast track. Laju. Bukan perlahan macam siput.
Sebab itulah beberapa nama orang lama UMNO sentiasa meniti di bibir Anwar kebelakangan ini. Anwar MAHU mereka diberikan ruang yang seluasnya bagi bertanding di atas tiket PKR di Sabah.
Nama-nama seperti Osu Sukam, James Ghani, Karim Ghani dan sebagainya sudah diberikan LAMPU HIJAU untuk bertanding di atas tiket PKR di Sabah. 
Kawasan Parlimen PAPAR dijadikan target dan sasaran utama – kerana tiada calon yang kuat; yang boleh berdepan dengan Osu Sukam di situ.
Rosnah terlalu timid dan tidak mampu berdepan dengan dugaan pengalaman politik Osu. Jangan buat main. Osu orang lama.

Osu mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Kawang, dan menyambung pengajian peringkat menengah di Maktab Sabah, Kota Kinabalu.

Pada tahun 1971, beliau meneruskan pengajiannya ke Institute of Statistician di United Kingdom dan menyambung pengajiannya empat tahun lagi di University of Buckingham, England, dalam jurusan statistik.

Beliau yang berkongsi hidup dengan Datin Noredah Majimpi memulakan kariernya sebagai Pegawai Tadbir Kementerian Pembangunan dan Tanah Industri Sabah pada tahun 1972 dan jawatan tertinggi beliau ialah sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun 1999.

Osu menyertai politik sebagai Ketua USNO Bahagian Papar pada tahun 1981 sebelum dipilih sebagai Timbalan Presiden USNO Pusat bagi penggal 1981/1983. 
Pada masa yang sama, beliau juga menjadi Setiausaha Agung UMNO bagi tempoh setahun pada 1982. Pada pilihan raya 1985, Osu menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Buang Sayang dan setahun berikutnya atas tiket USNO juga, beliau memenangi kerusi DUN Sulaman.
Pada tahun 1986 pula, Osu sekali lagi diberi kepercayaan oleh parti itu apabila dilantik sebagai Naib Presiden USNO, bagaimanapun, beliau meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman pada tahun yang sama.
Beliau bertanding di kerusi Parlimen Papar atas tiket Barisan Nasional (BN) dan memenanginya pada tahun 1986.Ini berikutan hasrat Osu untuk menyertai parti UMNO pada tahun 1987. 
Beliau kemudiannya menjadi Ketua Jawatankuasa Sementara UMNO Bahagian Papar sebelum secara rasmi menyertai UMNO pada 31 Januari 1991.
Beliau kemudian mempertahankan kerusi Parlimen Papar pada pilihan raya 1990 dan dipilih menjadi Ketua UMNO Bahagian Papar pada pemilihan 1992.
Osu memang orang PAPAR. Bukan orang luar. Kalau perancangan Anwar-Wan Azizah-Kadir Sheikh Fadzir menjadi, katanya, Sabah akan menjadi antara lubuk politik baru untuk Anwar. 
Namun semua ini tidak akan berlaku dengan harga yang murah. Katanya, ia memerlukan suntikan modal yang amat besar. Bukan soal Osu tidak ada duit. Ini soal ‘lompatan’ yang memerlukan sokongan kewangan!!! - SUMBER
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping