Itu saja ke yang Si Ambiga ni dapat? Setakat A+ je? Kalau setakat dapat A+ apa barang. Bagi la Anugerah Tuhan ke, apa ke, ok la jugak.
Letih tau Si Ambiga tu rancang untuk mewujudkan suasana huru hara di Dataran Merdeka hari Sabtu lalu. Bukan senang dia nak suruh Polis bertindak kejam.
Tapi, nak buat macam mana ye tak. Dah bukan Si Ambiga tu yang bagi isyarat supaya Polis mula merempuh halangan, jadi, dapat la dia A+ je. Yang lain dapat la habuan dari Dana Yahudi!!! Boleh la pergi kaunseling dalam bilik hotel lepas ni, ye tak!!! Hehehe...
GA - Dalam mesyuarat post mortem PKR di rumah Anwar semalam, Anwar tidak habis-habis tersenyum. Anwar sangat gembira dengan apa yang telah berlaku sepanjang Bersih 3.0. ‘Good momentum’. Kata Anwar. Sekarang ini, arahan Anwar adalah sangat mudah – ‘sustain the issue’ until election. Agenda sustaining ini memang kepakaran kumpulan komunikasi Anwar. Tengok bagaimana mereka serang NFC secara mingguan. Akhirannya, melingkup.Sekarang ini, agenda penting komunikasi PKR adalah memastikan POST BERSIH 3.0 akan menyediakan momentum yang lebih baik kepada PKR. Soal keganasan memang diakui akan ‘menganggu sedikit’ kepada usaha menarik undi. Tapi fokus akan ditumpukan kepada keganasan Polis dan penipuan pilihanraya.Anwar sudahpun bertanya kepada Azmin mengenai kerusi selamat yang boleh ditandingi oleh Ambiga. Azmin tidak ada jawapan, kecuali mengatakan ianya mestilah urban seat. Selangor dan Wilayah akan menjadi tumpuan.Secara keseluruhannya, Anwar berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan Ambiga. Jumlah yang ramai sekaligus memberikan bukti bahawa rakyat sudah bersedia untuk menukar kerajaan.Apa game-plan POST BERSIH 3.0?
- Melambat-lambatkan usaha SURUHANJAYA untuk mengkaji Bersih. Anwar memang mahu ianya dilaksanakan secara perlahan, bagi memastikan bahan untuk PRU akan sentiasa panas dan laku di kalangan pengundi;
- Ambiga perlu menyesuaikan kenyataan akhbarnya selepas ini dengan pimpinan parti Pakatan Rakyat (PR). Kenyataan Ambiga hari ini jadi bukti – ianya selari dengan kenyataan Lim Kit Siang;
- Fokus kepada keganasan Polis dan wartawan yang dipukul;
- Pengumpulan footage keganasan Polis akan diusahakan oleh The Malaysian Insider – kelolaan Jahabar Sadiq;
- PAS akan fokus kepada SPR (beri tempoh 30 hari untuk Pengerusi dan Timb Pengerusi SPR meletakkan jawatan);
- AMK akan tumpu kepada siri ceramah POST-BERSIH 3.0.
- Serangan terhadap MDN diperkuatkan;
- Pengumpulan bukti Polis terlibat sebagai pencetus huru hara sedang disiapkan;
- Video youtube mengenai Bersih akan dilakukan oleh DAP (melalui sebuah syarikat bernama Evybody);
- Dana tambahan untuk serangan media akan diusahakan melalui dana Selangorku Bersih. RM1.2 juta boleh diusahakan. Anwar akan bercakap dengan MB Selangor.
- Semua platform media baru akan digunakan untuk menyerang kerajaan.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.