Sabtu, Mei 05, 2012


Fuh!!! Kalau la perkara ni berlaku, Si Ketua Penipu tu bukan setakat pening kepala je. Mau tercabut kepala dibuatnya. Tak pun gugur rambut dia satu persatu.

Mana tidaknya. Kalau perkara ni dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional, dah tentu - tentu Si Ketua Penipu tu tak de modal untuk dijadikan bahan kempen Pilihan Raya. Apa lagi modal dia nak menipu rakyat!!!
GEMAS: Kadar tol di beberapa lebuh raya di seluruh negara mungkin akan dikurangkan atau dimansuhkan sepenuhnya sekiranya kabinet membenarkan penyusunan semula seperti yang disyorkan beberapa syarikat konsesi lebuh raya.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, terdapat juga kemungkinan bahawa kadar tol tidak akan dinaikkan untuk satu tempoh yang lebih lama.
"Kita menerima maklum balas positif daripada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya menerusi syor penyusunan semula ini.
"Bersama dengan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), kita akan kaji dengan teliti syor-syor ini sebelum satu cadangan akhir dibentangkan kepada kabinet untuk diluluskan," katanya.
Bagaimanapun Shaziman berkata beliau tidak boleh mendedahkan nama syarikat-syarikat yang menghantar syor berkenaan.
Beliau juga enggan mendedahkan pengendali lebuh raya mana yang terlibat dalam penstrukturan semula itu.
"Bersama saya ada beberapa senarai, tetapi memandangkan ada pemegang saham lain dalam syarikat terbabit, ia adalah bertentangan dengan peraturan Bursa Malaysia jika saya mendedahkannnya sekarang," katanya.
Selain itu tambah beliau, ada juga kemungkinan perjanjian antara konsesi terlibat akan dilanjutkan bagi membolehkan pengurangan kadar tol dilaksanakan ataupun untuk mengelakkan kadar sedia ada dinaikkan.
Ps: Tapi, jangan pelik pulak. Nanti pemimpin Pakatan Pembangkang tu akan mendabik dada kata, Ini semua cadangan diorang!!! Sayangnya, itu je yang diorang mampu buat. Suruh jaga Kebajikan Rakyat pun diorang tak mampu. Jadi, menipu tu je la yang diorang tau buat pun!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping