Sabtu, Mei 05, 2012


Peniaga - peniaga kecil yang terdapat disekitar kawasan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman merayu agar Si Ambiga tu buat Perhimpunan tersebut setiap tahun.

Kalau boleh, diorang nak ianya menjadi acara tahunan. Ianya memandangkan perhimpunan tersebut mampu melipat gandakan keuntungan perniagaan mereka.

Kata seorang akak yang berniaga tudung disekitar Jalan Masjid India, jumlah pelanggan yang datang ke kedai dia meningkat 10 kali ganda berbanding biasa.

Sebelum ini, puak - puak Pakatan Pembangkang tu telah menjanjikan keuntungan yang besar kepada peniaga - peniaga yang berniaga disekitar kawasan Dataran Merdeka.

Cuma, sayangnya, yang buat janji tu ialah Pakatan Pembangkang. Insiden yang kat atas pun hanya impian peniaga - peniaga tu semata - mata.

Mereka memang mengharapkan janji yang dinyatakan oleh pemimpin Pakatan Pembangkang tu. Tapi, sebaliknya, hajat mereka tidak kesampaian.

Akak yang berniaga tudung tu kata, memang ramai yang datang ke kedai dia. Tapi sorang pun tak beli apa - apa. Apa yang diorang buat hanya terjerit - jerit depan kedai dia.

Lepas tu, bila orang lari, semua pelanggan dalam kedai dia pun ikut lari sama. Akak tu pulak terpaksa tanggung kos membasuh semula kain tudung yang terkena asap pemedih mata.

Jadi, sebab itulah Pertubuhan Usahawan Kecil Sederhana (IKHLAS) ni tuntut agar Si Ambiga dan puak - puak Pakatan tu tanggung kerugian mereka. Dah la diorang rugi. Kena kencing pulak hidup - hidup!!! Tak ke naya je namanya tu!!!
KUALA LUMPUR - Pertubuhan  Ikatan  Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) terus menempelak penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 atas alasan yang membawa kerugian kepada peniaga-peniaga sekitar ibu kota minggu lalu.


Hari ini, peniaga-peniaga mengadakan protes untuk menuntut pampasan dan ganti rugi daripada penganjur perhimpunan, yang mereka sifatkan sebagai pihak bertanggungjawab atas kerugian dialami.



Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, pihaknya tetap akan menuntut ganti rugi dan dalam masa yang sama, mendesak Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga.



Menurutnya, pihaknya juga bercadang untuk mengadakan demonstrasi aman di hadapan rumah Ambiga sekiranya Kementerian Dalam Negeri gagal mengambil tindakan sewajarnya.



"Ambil tindakan terhadap Ambiga, jangan tangkap ikan sahaja, kita mahu Ambiga bertanggungjawab.



"Ramai peniaga yang terjejas, takut untuk berniaga disebabkan penganjuran ini dan ura-ura penganjuran Bersih 4.0 juga membimbangkan peniaga," katanya.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. sokong...........!!!!

    perniagaan aq opon terjejas sam, sampai 52.67% sales aq merundum....

    sales terjejas sampai hari berikutnye, nasib baik la kerajaan bijak tarik pelancong.... hari ketiga dah pulih dah.

    BalasPadam
  2. Dicadangkan buatlah demo di depan rumah BABIGA. Leh juga dia rasa bagaimana?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping