Khamis, Mei 03, 2012


Hehehe... Dalam dunia artis, Si Zed Zaidi ni sibuk dok cari pendatang asing yang membanjiri dunia seni tanah air. Tapi, ada asas jugak la kenapa dia buat macam tu.

Ramai orang luar yang datang cari makan kat Malaysia ni. Malah dunia seni pun tak terkecuali. Tinggal lagi, kebanyakkan dari mereka tak bagi apa - apa pun kepada Negara.

Sekadar menumpang je. Berbeza pulak dengan apa yang dicari dek Si Mahfuz Bean tu. Dia sibuk dok cari warga asing yang dah dapat kerakyatan.

Kerajaan bagi kerakyatan tu sebab orang tu dah banyak menyumbang kepada Negara. Dah banyak tabur jasa. Jauh bezanya dengan Si Mahfuz tu sendiri.

Bertahun - tahun duduk dalam Malaysia, tapi satu HAPAH sumbangan pun dia tak bagi. Menyusahkan orang ada la!!! Lepas tu menipu orang sana sini. Itu je la kerja yang dia tau buat pun!!!
KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mendesak Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) untuk menyemak semula kemasukan artis-artis negara luar yang berkemungkinan besar tidak mempunyai permit bekerja
Timbalan presidennya, Zed Zaidi berkata, industri seni tempatan semakin dibanjiri oleh artis negara luar dan kebanyakan daripada mereka masuk ke Malaysia tidak mengikut saluran prosedur yang ditetapkan.
"Saya desak pihak PUSPAL untuk membuat semak semula terhadap artis-artis luar negara satu persatu berkenaan dengan permit mereka kerana saya percaya ramai yang bekerja di bawah pas lawatan sosial.
"Bayangkan jika seorang pelakon negara luar mendapat tawaran berlakon sebuah filem dengan bayaran sebyak RM100,000 untuk setiap bulan, berapa banyakkah jumlah pendapatannya itu dibawa keluar ke negara asalnya dalam masa setahun?
"Ia sekaligus dapat merosakkan ekonomi industri seni itu sendiri jika tiada sesiapa yang mengendahkannya," katanya yang ditemui pada sidang akhbar 'Kemelut Harga Pembelian Program TV' di Saloma Bistro, di sini, Rabu.
Tambah Zed, disebabkan kebanjiran artis-artis luar, ia membuatkan ramai artis tempatan kurang mendapat tawaran berlakon sedangkan mereka lebih berbakat dan berdisiplin dalam kerja berbanding artis luar.
Categories:

4 ulasan:

  1. Gua sokong lu Zed...biar apa pun org nak kata..lu mmg berani...anak kera di hutan tetap disusukan...

    BalasPadam
  2. ckp je lebih, blakon ke laut

    BalasPadam
  3. Berlakon pun macam lalat dekat sampah...malu nya aku tengok sikap zz ni...

    BalasPadam
  4. Mmg ada benarnya.. Sikap utamakn rkyat dn produk tempatan serta semangat kenegaraan prlu ada.. Cntoh d Indon, artis kita ssh nk dpt pluang d sana..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping