Khamis, Mei 24, 2012


Kalau dalam dunia Politik, hanya ada seorang manusia je yang pernah mengeluarkan ayat yang dia akan pegang jawatan sampai mati. Dia tak pernah letakkan had umur untuk bersara.

Kalau boleh, selagi dia hidup, selagi itulah dia nak jadi Menteri Besar dan terus kekal berkuasa walaupun rakyat sendiri dah muak dengan dia.

Orang tu tak lain dan tak bukan ialah Si Wali Terompah tu sendiri. Dia pernah cakap yang dia tetap akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Berbeza dengan keputusan yang dibuat oleh Cik Rozita kita ni. Dia nak terus berlakon untuk membolehkan dia mencari rezeki anak - anak yang masih kecil.

Maklum la. Orang single dengan pakej ni memang memerlukan sumber kewangan untuk memberikan anak - anak dia makan dan pakai. Nak hantar ke sekolah lagi.

Kalau macam Si Wali Terompah tu, apa lagi yang dia nak cari? Anak - anak semua dah besar - besar. Harta dah melanar. Kereta pun menjalar. Jadi, untuk apa lagi dia kekal berkuasa?

Sudah - sudah la. Kot ye pun GILA KUASA, jangan la sampai melampau tak ingat dunia. Sedar la diri tu dah semakin sampai ke penghujungnya. Duduk dirumah, main dengan cucu kan bagus. Tak de la dia buat benda yang bukan - bukan!!!
Pelakon drama sensasi, Rozita Che Wan menegaskan dia akan berlakon tanpa had umur sekaligus menjelaskan tidak ada istilah bersara daripada bidang seni yang diceburinya.

Tidak pernah terfikir kehadirannya tergugat, dia tetap terus berdiri di landasan bakatnya yang tersendiri. Selagi ada tawaran, selagi itulah wajahnya akan dilihat menghiasi layar skrin.

“Saya meletakkan semua itu kepada rezeki. Kalau ada rezeki dan ditawarkan sehingga saya tua, saya akan terus berlakon dan begitulah sebaliknya. 

Seperti lumrah, apabila saya sudah berusia nanti, tawaran pun berkurangan, permintaan sedikit serta bayaran pun tidak tinggi. 

“Kita lihat saja sampai mana rezeki saya. Lagi pun, saya tidak merancang, biarlah semuanya berjalan seperti biasa tanpa perlu dirancang. 

“Kalau ada anak raja mahu meminang saya, mungkin pasti saya akan berhenti berlakon dan itu semua bergantung pada keadaan,” katanya dengan nada cukup ceria. 
Categories:

4 ulasan:

  1. tak salah nak cari rezeki..sampai mati bule carik rezeki ape..tapi aku nak tanye hang kalo carik rezeki haram cam jadi artis dedah2 aurat tu baguih ke bawak sampai ke mati?

    BalasPadam
  2. sama gak kalo dapat rezeki dengan menipu rakyat,dan mempersenda ayat2 ALQURAN.

    BalasPadam
  3. Yg tu diorang tak sedar sbb diorg kan dh dpt tiket ke Syorga? Hehehe...

    BalasPadam
  4. ده باثق ريتا نق حاري اف لاكي.اسلام تق اجر كيت جاي رتا سمفي ماتي سبب سموا رات تق ليه دباوا كدالم قبور

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping