Isnin, Mei 07, 2012


Woo!!! Nampak gayanya, Malaysia sekarang sudah menjadi salah sebuah negara tumpuan untuk pembikin filem Hollywood buat pengambaran.

Dengar kata dalam bulan ini Fast and Furious juga bakal diadakan di Putrajaya. Betul ke? Adakah pelakaon utamanya Vin Diesel tu akan turut hadir?

Jangan silap!!! Aksi Fast and Furious yang bakal diadakan di Putrajaya tu merupakan diantara slot dalam program Himpunan Jutaan Belia. Jadi, tak de la Vin Diesel. 

Vin Diesel Malaysia ada la kot. Hehehe... Kalau korang nak maklumat lanjut, boleh baca artikel dibawah dan layari laman web rasmi bagi acara tersebut. Klik pada banner diatas. Selamat Berhimpun!!!
SEGMEN : FAST & FURIOUS

PROGRAM : SUPERMOTARD HBN 2012

PENYELARAS PROJEK : NIK MOHD FITRA BIN WAN JAFFAR

NO. TEL : 03-88713179/0177591958


Supermotard merupakan program sukan bermotor yang semakin digemari oleh  peminat-peminat sukan bermotor negara terutama bagi pemilik-pemilik dan peminat-peminat motosikal scrembler walaupun ianya tergolong dalam aktiviti sukan bermotor yang masih baharu. 

Di Eropah Supermotard adalah siri perlumbaan kenderaan dua roda meliputi dua jenis laluan iaitu offroad dan litar perlumbaan (berturap) dengan menggunakan tayar radial untuk litar berturap dan offroad suspension bagi litar offroad. 

Namun begitu supermotard di Malaysia lebih kepada perlumbaan di litar perlumbaan (berturap) dengan aksi drift memandangkan litar yang terdapat di Malaysia belum memiliki kedua-dua jenis laluan tersebut. 

Program Supermotard Hari Belia Negara 2012 lebih menumpukan kepada aksi pertunjukan sebagai pengenalan supermotard di Malaysia. 

Peminat-peminat sukan bermotor terutamanya kenderaan dua roda dapat melihat aksi-aksi dan kemahiran terutamanya aksi drift pelumba dalam supermotard yang jarang dilihat dalam mana-mana aksi perlumbaan sebelum ini. 

Melalui program ini, diharap agar dapat memberi inspirasi kepada penggiat dan peminat-peminat sukan bermotor agar lebih kreatif dan berinovatif dalam merangka program/aktiviti sukan bermotor disamping dapat menggalakkan masyarakat untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukan bermotor secara sihat.
Categories:

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping