Sudah semakin jelas, Timbalan Presiden PKR yang banyak isu salah laku moral ni semakin menjadi seorang yang cukup Angkuh, Sombong dan Erogan.
Mungkin disebabkan tekanan yang melampau menimpa diri dia sejak kebelakangan ini membuatkan dia begitu Angkuh dan memperlekehkan teguran Presidennya sendiri.
Sebelum ini, Kak Wan Omega selaku Presiden PKR telah mengeluarkan kenyataan secara terbuka meminta agar Si Assmin tu pergi melawat ibunya.
Nasihat yang disampaikan oleh Kak Wan Omega tu wajar dilihat dari sudut keibuannya yang memang cukup terasa dengan pengakuan yang dibuat oleh Mak Tom sebelum ini.
SHAH ALAM - "Azmin sebaiknya melawat dan menziarahi ibunya kerana itu salah satu tanggungjawab beliau sebagai anak," kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau ditemui wartawan pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Pakatan Rakyat di bandar i-City di sini, malam tadi.
Diminta mengulas kenyataan oleh ibu Azmin, Dr Wan Azizah berkata: "Saya menasihatkan kepada Azmin supaya pergi berjumpa dengan ibunya."
Nah!!! Sudah jelas niat Kak Wan Omega mengeluarkan kenyataan tersebut. Sebagai seorang anak, memang patut sangat Si Assmin tu menziarahi ibunya dikala sihat ini.
Bukan apa. Takut nanti bila ibunya dah tiada, jangan menyesal tak sudah!!! Menangis air mata darah pun dah tak berguna lagi!!!
Mungkin Assmin lupa yang Syurga terletak dibawah telapak kaki ibu. Bukannya dibawah telapak kaki Si Ketua Penipu atau Si Wali Terompah tu!!!
Tapi, apa respon Timbalan Presiden PKR ni bila mendengar nasihat dari Presidennya sendiri? Bagaimana reaksinya? Ini jawapan Assmin:
Dia hanya menganggap nasihat itu memerlukan penjelasan yang lebih cermat. Ianya terdedah kepada persepsi yang kurang baik.
Kurang baik menda kejadahnya lagi!!! Kak Wan Omega tu suruh Si Assmin ni melawat ibu dia. Apa lagi yang perlu dijelaskan? Takkan itu pun dia tak faham jugak!!!
Nak kata bodoh kang, pengikut serta penjilat dia marah pulak. Tapi, kalau dah itu pun dia tak reti bahasa, tak de perkataan yang lebih sesuai selain dari bengap!!!
Kalau dah nasihat Presiden sendiri pun dia mampu untuk perlekehkan, inikan pulak rintihan rakyat kelak. Lagi la dia buat - buat tak tau!!! Korang fikir la sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.