Ish! Macam - macam benda yang nak dibuat dek Fazura ni. Banyak betul usaha yang telah dilakukan oleh dia sejak kebelakangan ini.
Tapi tak pe. Janji, apa yang dia buat tu baik untuk diri dia sendiri. Tahan la dari sesetengah orang tu. Buat kerja pun demi kepentingan diri sendiri je. Bukannya untuk rakyat!!!
Gua.Com - Khabar terbaru mengenai bintang filem Pisau Cukur, Fazura. Pada Ahad ini, pelakon itu bakal melancarkan sebuah butik yang terletak di Bangsar.
Berdiri dengan jenama “House of Doll”, idea untuk memiliki butik sendiri hadir dua tahun lalu.
“Saya terfikir untuk memiliki sebuah butik hasil titik peluh saya sendiri setelah melihatkan aktiviti lakonan saya sendiri semakin berkurangan.
Faz sendiri suka berfesyen dan apa yang ditawarkan oleh butik ini lebih kepada apa yang Faz suka. Faz mahukan kelainan dan apa yang kami tawarkan lebih kepada “ready to wear’ dan ada satu kejutan buat peminat.” jelas Fazura yang turut dinamakan sebagai jurucakap jenama telefon pintar Blackberry.
Mengelak untuk mengulas lanjut mengenai kejutan tersebut, namun apa yang boleh GUA sampaikan adalah ia melibatkan kerjasama untuk “couture wear”.
Fazura ditemui di acara Blackberry “Stop Missing Out!” yang berlangsung di The Gardens, Mid Valley.
“Faz menghabiskan banyak masa di Twitter dengan menggunakan Blackberry. Saya yakin Blackberry merupakan peranti komunikasi terbaik untuk mendekatkan Faz dengan peminat.”
Kempen “Stop Missing Out!” menawarkan peluang kepada peminat dan pengguna Blackberry bagi memenangi hadiah menarik antaranya menonton wayang, sesi memanjakan diri, karaoke, futsal dan membeli-belah bersama selebriti.
Selain Fazura, turut terlibat antaranya Bunkface, Jehan Miskin, Joe Lee, Julie Woon, Liyana Fizi dan Megan Tan.
Kempen ini bakal bermula pada 1 Jun hingga 1 Julai depan. Layari www.StopMissingOut.com.my untuk menyertai.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.