Opp!!! Jangan kalut tak tentu arah. Si Tasha Shilla ni bukannya kena rompak duit, barang kemas atau sebagainya. Hanya populariti dia sahaja yang kena rembat.
Tapi, kena rembat pun bukan tanpa kebenaran dia. Cuma dia berkongsi 'lampu sorot' serta populariti dia dengan sebuah kumpulan musik baru, Awanband.
Katanya, Si Tasha Shilla ni turut menyerikan klip video terbaru dari kumpulan musik terbabit yang berjudul 'Lintasan Bintang'. Meh baca cerita selanjutnya dibawah:
BAKAL muncul dengan klip video terbaru berjudul Lintasan Bintang tidak lama lagi, kumpulan indie tanah air, Awanband, bakal menampilkan artis yang pernah menjadi bualan ramai kerana membawa trofi ke pusat membeli belah, Tasha Shila.
Ditanya adakah cuba menumpang populariti artis genit yang diangkat sebagai artis baru popular itu, sudah tentulah mereka menafikannya.
Vokalis kumpulan tersebut, Faris memberitahu, mereka sekadar mencuba nasib untuk mendapatkan mana-mana artis wanita untuk klip video terbaru itu.
“Jujurnya, kami tak kisah mana-mana artis pun untuk menjadi penyeri.
“Banyak lagi nama lain yang timbul. Tetapi ada juga artis yang kami hubungi sibuk dengan kerjaya mereka. Jadi, kami cuba dapatkan Tasha Shila. Tak sangka, dia menerima pelawaan kami untuk turut bersama-sama menjayakan klip video ini.
“Mungkin sebab itu, secara tidak langsung orang ramai beranggapan bahawa kami menumpang populariti Tasha dengan mengambil dia. Sebenarnya tidak sebegitu," jelasnya ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Setakat ni, video klip Awanband yang memaparkan Si Tasha Shilla ni masih belum dikeluarkan lagi. Tapi, kalau korang nak dengar lagu 'Lintasan Bintang' ni, boleh la layan video dibawah. Enjoys!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.