'Kow Tow' Terakhir Dari Rakan - Rakan |
Semua Pejabat Kerajaan dan swasta yang ada di Negeri Pulau Mutiara esok dijangka tutup berikutan cuti tergempar bagi Negeri tersebut. Malah kedai makan pun tutup.
Seluruh Negeri dirundung sedih dan berada dalam suasana yang suram. Awan hanya berarak mendung mengiringi kesyahduan hari ini.
Di Ipoh, seorang bapa tua sedang menyendiri dan sesekali meraung - raung macam orang yang hilang arah. Maklum la, dia sudah hilang tempat bermanja.
Kalau sebelum ini, hanya anak dia tempat untuk bermadu kasih dan mencurahkan segala kisah sedih perjuangannya selama ini. Tapi, hari ini, semuanya sudah berakhir.
Legasinya untuk membina empayar sudah berkecai. Sahabat - sahabat yang ada hadir untuk memberikan sujud hormat terakhir buat anaknya.
Tapi, apa kan daya. Takdir jua penentu segalanya. Hari ini, berakhirlah satu pemerintahan Rejim yang paling Kejam dalam sejarah Malaysia. Hari ini, Lim Guan Eng dianggap sudah Mati!!!
GEORGETOWN – “Lim Guan Eng sudah mati dan dia tidak wujud lagi di negeri ini.”
Itu yang dilaungkan sekumpulan ahli Perkasa dalam perhimpuanan yang diadakan di sini, hari ini.
Perhimpunan itu dianjurkan bagi melahirkan rasa kekesalan terhadap Ketua Menteri itu kerana dikatakan gagal membela nasib rakyat Pulau Pinang terutama orang Melayu selain tidak menunaikan janji dalam manifesto pilihan raya umum lalu.
Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Aizudin berkata, mereka kesal apabila Ketua Menteri yang dipilih rakyat itu gagal menjawab persoalan yang dibangkitkan rakyat salain sukar untuk ditemui.
Menurutnya, Guan Eng gagal menjelaskan kepada rakyat berkenaan isu Bayan Mutiara, penjualan tapak masjid dan sekolah serta gagal membina rumah kos sederhana dan mampu milik kepada rakyat di negeri ini.
“Kami bosan dengan muslihat Guan Eng yang hanya tahu main politik sehingga mengabaikan rakyat. Dia yang paksa kami buat begini.
“Disebabkan mengabaikan rakyat dan sukar ditemui, kami menganggap dia sudah mati," katanya ketika berucap di hadapan kediaman Guan Eng di sini.
Rizuad sudah beberapa kali menghantar permohonan untuk bertemu dengan Guan Eng bagi membincangkan isu orang Melayu di negeri ini namun tidak dilayan.
Sementara itu dalam perhimpunan yang bermula kira-kira jam 10.30 pagi semalam, kira-kira 30 ahli Perkasa berkonvoi dengan motosikal ke kediaman Guan Eng di Jalan Pinhorn. Mereka menggantung gambar Ketua Menteri itu dengan kalungan bunga di hadapan pintu pagar rumahnya sebagai simbolik 'kematiannya'.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.