Rabu, Mei 09, 2012


KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri Damansara Utama, Dr Cheah Wing Yin menulis surat kepada pemimpin partinya bagi menyatakan pandangan bahawa tempoh empat tahun kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor dilihat sebagai satu ‘komedi kesilapan’.

Menurutnya, terdapat ahli majlis tempatan yang dilantik oleh parti itu tidak boleh mengangkat sumpah jawatan kerana gagal membaca atau bercakap menggunakan bahasa Malaysia.

“Malah ada yang memboikot mesyuarat majlis tempat. Bukan itu sahaja, graduan yang berusia 23 tahun turut dilantik menjadi ahli majlis,” kata Dr Cheah menerusi surat setebal 12 muka surat yang dihantar kepada Penasihat DAP, Dr Chen Man Hin dan Lim Kit Siang; Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Menerusi surat yang turut diperolehi The Star, dinyatakan bahawa prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) yang digunakan sebagai slogan memancing pengundi pada pilihan raya sepatutnya dipraktik dan diamalkan parti itu.

Selain itu Dr Cheah turut menegur Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan ‘Ahli Parlimen berkuasa’ yang dilihat mempunyai ‘keputusan muktamad’.

Dakwa beliau, ahli majlis bandaraya daripada DAP gagal untuk mengambil tindak balas terhadap rungutan yang disuarakan rakyat serta gagal menghadiri mesyuarat bagi menangani pelbagai masalah.

Bagaimanapun Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok yang dihubungi melalui sistem khidmat pesanan ringkas (sms) enggan mengulas.(MStar)

Ps: Macam mana seseorang tu boleh mendabik dada dan menuntut hak sebagai rakyat Malaysia kalau dah bahasa rasmi Kebangsaan pun dia tak tau cakap? Nampak sangat puak - puak Pakatan Pembangkang ni sengaja nak mempermainkan bahasa Kebangsaan!!!

Published with Blogger-droid v2.0.4
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping