Rabu, Mei 09, 2012


Apa yang orang Malaysia kecoh - kecoh sangat tak dapat pergi naik haji dan menunaikan Umrah ni? Takut disekat oleh Kerajaan Arab Saudi?

Halamak! Itu masalah kecik je tu. Tak payah nak kecoh - kecoh. Benda semudah ini boleh selesai dengan mudah. Tak payah pakai cara diplomasi pun.


Jadi memang betul la apa yang dinyatakan oleh Si Nasa Tantawi ni. Ianya bukan satu masalah yang besar. "Kemeset je kes ni", kata dia.

Walaupun menunaikan Haji di Mekah itu merupakan salah satu daripada Rukun Sah Islam yang kelima, tapi tak payah buat tak pe. Tak gugur Islam kita.

Kenapa Semut cakap macam tu? Sebabnya mudah. Kalau tak dapat pergi Mekah dan menunaikan Haji, lepas ni undi PAS. Gerenti korang semua dapat masuk syurga!!! Syurga untuk orang Islam. Jadi, tak payah la susah - susah nak pergi ke Mekah!!!
KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi meminta Malaysia mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan rakyat negara ini tidak terlibat dalam sebarang demonstrasi atau perhimpunan haram di Makkah dan Madinah seperti mana yang berlaku di kedua-dua kota suci umat Islam itu pada 26 April lepas.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, perkara itu dinyatakan kerajaanArab Saudi menerusi satu nota diplomatik bertarikh 3 Mei, yang dikeluarkan olehkedutaannya di sini.
"Dalam surat itu juga, kita telah diminta supaya menasihatkan rakyat kita agar mematuhi undang-undang dan norma-norma tempatan Arab Saudi," katanya pada sidang media di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri di sini, Selasa.
Media melaporkan pihak berkuasa Arab Saudi sedang menjalankan siasatan terperinci terhadap penganjuran perhimpunan itu, yang didalangi pembangkang, di Mekah dan Madinah.
Anifah kesal dan kecewa kerana perhimpunan haram itu bukan sahaja mencemarkan imej Malaysia malah mengancam kuota haji serta penghormatan dan layanan yang dinikmati umat Islam negara ini ketika menunaikan ibadat itu di sana.
"Jangan ambil mudah...jangan salahgunakan penghormatan terutama kuota lebih 10,000 jemaah yang kita pinta. Saya berpendapat demonstrasi itu tidak bijak, tidak memberi kesenangan kepada jemaah haji lain yang ke sana untuk beribadat.
"Ia membimbangkan kita kerana sebelum ini, kerajaan Arab Saudi gembira melihat rakyat Malaysia antara yang terbaik dalam mengerjakan ibadah haji dan umrah.
"Apabila demonstrasi diadakan (di Mekah dan Madinah), ia telah mencemar imej Malaysia," katanya.
Anifah berkata, perhimpunan di Tanah Suci itu menimbulkan situasi "tidak senang" kepada kerajaan Arab Saudi dan ia boleh mengeruhkan hubungan baik kedua-dua negara yang sudah terjalin sekian lama.
"Apa yang dapat menyelamatkan situasi (itu) ketika ini adalah hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua negara termasuk antara Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Raja Arab Saudi (Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud) serta hubungan saya dan Menteri Luar (Putera Saud Al-Faisal Abdul Aziz Al-Saud)," katanya.
Categories: , , ,

7 ulasan:

  1. Apa susah susah...Kelantan kan 'serambi mekah'...buat tawaf keliling rumah nik ajis je dah cukup...

    BalasPadam
  2. Lain kali kalau nak buat sesuatu tu fikir-fikir lah implikasi nya..jangan ikut sedap berpolitik aje nak dapat publisiti...kalo dah datang masalah macam ni baru pandai pulak suruh BN settle kan pasal dia kerajaan yang memerintah. orang lain makan nangka orang lain kena getahnya.

    BalasPadam
  3. ni la agenda terselindung ambiga.. nak sabotaj umat Islam naik haji, kapir harbi betul la!

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum ,


    Dalam keghairahan untuk memaparkan berita yang "ada habuan dan kepentingan",jangan lupa merenung nasib yang dikau bakal lalui di akhirat kelak.Tunjangilah berita mu itu dengan akhlak dan peradaban yang telah digariskan didalam Al-Quran dan Sunnah.Berita yang belum pasti kebenarannya ,usah disebarkan kerana dibimbangi kelak akan melontarkan diri-mu ke neraka "Hawiyah" yang paling hebat seksaannya.
    Tanyalah diri sendiri,bilakah kali terakhir dikau mendampingi alim ulamak,bilakah kali terakhir dikau membaca ayat-ayat al-quran dan mengkaji maksudnya,bilakah kali terakhir dikau menghadirkan diri ke majlis ilmu? Jika masih jauh ketinggalan,hadirkanlah dirimu ke majlis ilmu dan berlapang dada utk menerima ilmu Allah Yang Maha Luas.Insya-Allah,di hujung usahamu ,akan kau temui jawapan bagi kemelut politik yg serba kucar kacir ini.

    BalasPadam
  5. tawaf je kat tokoong yg banyak kat kelantan mesti masukkkkkk syurga..

    BalasPadam
  6. Buat Tanpa Nama 2:00 ptg - Apa laj gunanya kalau pergi ke majlis ilmu tapi isi dan intipati majlis itu tidak dapat diserap oleh pendengarnya?

    Pernahkah anda bertanya kepada mereka yang pergi dengar ceramah tentang maksud hadis atau ayat Al Quran yang dibaca oleh penceramah dalam majlis tersebut?

    Tanya balik kepada Tok - Tok Guru Politik yang selama ini berdiri dan menyampaikan ceramah, apa tujuan sebenar mereka.

    Jangan setakat letak nama ceramah je bagus, tapi isinya semua mencaci cerca orang belaka!!!

    BalasPadam
  7. Dikelantan selain terkenal dengan nama "serambi merkah" ada ada satu lagi tempat bernama "banggol jeddah" jln machang-pasir puteh atau ada satu lagi tempat di sarawak iaitu "mukah" boleh pilih untuk pergi sana.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping