Gambo Hiasan |
JIKA di luar negara memang ada selebriti terkenal suka mencuri kerana ia tergolong dalam penyakit jiwa ‘kleptomaniac’. Antara selebriti yang ada penyakit itu ialah aktres Winona Ryder yang pernah ditangkap kerana mencuri di sebuah butik mewah di Beverly Hills.
Bukannya Winona tidak mampu membeli kerana dia selebriti gred A di Hollywood tapi rupa-rupanya dia ada keseronokan atau ‘thrill’ mencuri.
Nampaknya, penyakit artis panjang tangan ini mula menular di persada hiburan tanah air.
Menurut rakan SS, cerita bermula apabila seorang artis perempuan yang SS namakan sebagai A, terbabit dalam satu sesi fotografi di ibu negara, baru-baru ini.
Ketika sesi fotografi itu, memang ramai artis yang berada di studio yang khusus untuk sesi fotografi berkenaan termasuk seorang artis baru yang SS sebut sebagai B saja. Selepas sesi fotografi berakhir, A segera menanggalkan baju pereka terkenal yang digayakan dan ingin menyarung semula baju sendiri.
Namun alangkah terkejutnya A kerana bajunya yang sebelum itu digantung dalam bilik menukar baju di studio itu tiba-tiba ghaib.
Puas dicarinya di segenap sudut studio itu malah bertanya pada rakan artis lain dan jurugambar yang turut berada di situ dan A akhirnya terpaksa akur, baju kesayangan miliknya itu sudah dikebas orang. Namun A tetap berbaik sangka mungkin ada sesiapa yang terambil bajunya itu.
Namun tanpa disangka, pereka fesyen yang terbabit dalam sesi fotografi itu kemudian memberitahu A bahawa B mengaku terambil baju kontroversi tadi dan ingin memulangkan semula baju A di satu lokasi lain.
Kata B pada pereka fesyen itu, semasa berkemas, dia langsung tak perasan baju yang dimasukkan ke dalam begnya itu adalah milik artis A.
Pada hari yang dijanjikan, B pun datang dengan kereta mewahnya untuk memulangkan baju milik A itu. Dengan nada bongkak dan menghina, dia beritahu A, baju itu sebenarnya tidak menepati cita rasanya langsung dan dia mampu beli baju yang lebih mahal.
Kata A pada rakan SS, dia hanya mampu menggeleng kepala dengan perangai B itu. Sudahlah terambil baju orang tapi tak reti pula meminta maaf atas apa yang berlaku. Kenapa hendak sinikal pula, macam rasa bersalah?
Walaupun sudah memaafkan perbuatan B itu, kata A, dia memang sangat berhati-hati apabila terbabit dengan fotografi dengan sesiapa pun kerana tidak mahu insiden seperti itu berulang lagi.
SS: Teringat kisah seorang pengarah terkenal hari ini yang dulunya pun pernah tangan panjang. Biasalah masa dulu dia baru bertapak sebagai pelakon, mana mampu beli baju mahal. - Sumber
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.