Halamak!!! Memang la Si Assmin tu kena dajjal dek orang. Kalau tidak, takkan la dia boleh kantoi sampai macam tu punya aib sekali.
Apa, Si Assmin tu bukan orang ke? Yang dia gatal sangat pergi buat benda tak senonoh tu, menda kejadahnya!!! macam dah tak de kerja lain dia nak buat.
Orang pilih dia jadi wakil rakyat supaya dia dapat membantu rakyat. Bukannya suruh dia buat kerja yang bukan - bukan. Sekarang, sendiri dah cari pasal, sendiri tanggung la brader!!!
Yang dia nak salahkan orang itu dan ini, apa kejadahnya lagi!!! Setakat nafi macam tu je buat apa? Kan Mahfuz dah kata, orang yang nafi sesuatu perkara ni, memang dia buat benda tu.
Jadi, dalam kes Si Assmin ni, memang betul la dia buat kerja Haram Jadah tu kan? Itu yang dikatakan oleh Mahfuz Bean tu dulu. Jangan nak salahkan orang lain pulak!!!
Dah terang - terang Si Assmin tu mempunyai musuh yang ramai dalam parti dia sendiri. Maka tak mustahil la benda - benda macam ni boleh timbul. Takkan la benda semudah itu pun dia nak tipu rakyat jugak kot!!! Agak - agak la wei!!!
KUALA TERENGGANU – Rakaman video panas yang didakwa mirip Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bersama seorang wanita yang tersebar baru-baru ini didakwa dilakukan “orang dalam parti PKR” sendiri.Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin mendakwa rakaman itu dibuat sebagai satu cara menjatuhkan pemimpin terlibat kerana perebutan jawatan dan ingin mendapat perhatian yang lebih daripada Penasihat PKR yang juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.“Ia kerja dalaman (PKR), tak ada kena-mengena dengan orang luar. Saya tahu siapa yang rakamkan video ini, bila tiba masa nanti, saya akan dedahkan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah umum Pendedahan Eksklusif Wajah Sebenar Anwar Ibrahim di Kampung Sungai Kiat di sini.Menurutnya, dalam masa terdekat juga akan ada beberapa lagi video aksi panas membabitkan pemimpin pembangkang yang lain akan didedahkan.“Ada beberapa video lagi membabitkan pemimpin pembangkang lain dan ‘pelakonnya’ memang orang yang tak disangka-sangka,” katanya.Sementara itu, beliau berkata, sebuah buku mengenai perkahwinan campur yang antara kandungannya memberi mesej wanita Islam dibenarkan mengahwini lelaki bukan Islam kini dikesan disebar meluas secara percuma di negara ini.Menurut Zulkifli, buku yang membawa fahaman liberalisme dan pluralisme disebarkan atas alasan Islam merupakan satu konsep menyerah diri kepada Tuhan tanpa mengira agama.“Ini bermakna, mengikut konsep itu, setiap wanita Islam boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki bukan Islam…buku ini sangat berbahaya kepada akidah (orang Islam),” katanya.Penerbitan buku itu didakwa ditaja oleh yayasan Jerman, Konrad Adenauer Foundation atau sekarang lebih dikenali sebagai Konrad Adenauer Stiftung (KAS) yang menurut Zulkifli, yayasan berkenaan terlibat membantu penajaan badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD).
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.