Ps: Minah ni memang tak dapat dinafikan la. Dia berlakon pun macam hampeh. Jadi, disebabkan nama dia tak terkenal, dia cari la cara nak popular.
Sebab tu la dia sanggup buat apa sahaja untuk meraih populariti. Malah, dia sendiri pernah cakap yang dia akan buat apa sahaja janji dibayar.
Jadi, kalau ada orang bayar suruh dia bogel pun, Gerenti dia akan buat jugak!!! Orang macam ni, tak layak nak digelar sebagai artis. Ada dalam dunia seni pun buat menyemak je!!!
Jika Pian meraih semakin banyak publisiti selepas pengakuannya itu, tetapi ia berlainan pula dengan pelakon dan model, Zarina Anjoulie yang popular mendadak setelah gambar-gambar seksinya di sebuah majalah di Indonesia tersebar luas hingga ke negara ini baru-baru ini.
Sebelum itu, tidak ramai yang mengenali Zarina atau nama penuhnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul ini sama ada sebagai pelakon mahupun model.
Sebaliknya, selepas gambar-gambar seksi Zarina yang mendedahkan sebahagian daripada buah dadanya tersebar luas, maka sekali gus ia telah mempopularkan namanya semula.
Dia bukan sahaja popular di Indonesia, malah kini semakin menjadi perhatian ramai penerbit serta pengarah filem yang mahu menawarkannya berlakon dalam produksi masing-masing.
"Di Indonesia saya dapat bayaran (kerana bergambar seksi) tetapi di sini tidak dapat bayaran. Saya tidak peduli apa orang hendak kata kerana saya bukannya menjual tubuh.
Di sini (Malaysia) pun saya selalu tampil dengan imej seksi tetapi tiada apa-apa pun," katanya sewaktu ditemui sewaktu pelancaran rancangan Bilik 7 terbitan ntv7 di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya baru-baru ini.
Sama ada secara kebetulan atau sebaliknya, selepas isu itu pelakon berdarah kacukan Melayu, Iran dan Scottish ini mendapat semakin banyak tawaran berlakonantaranya Ulararahan Jason Chong dan Amir Dan Lukman Pergi Ke Laut arahan Mamat Khalid.
Zarina yang merupakan anak kelima daripada lapan beradik ini bijak menggunakan kontroversi termasuklah cerita sensasinya yang dikatakan intim dengan penyanyi Aliff Aziz sehingga secara tidak langsung menyebabkan dia lebih popular berbanding sebelumnya.
Pelakon drama Sumpah Anak Pontianak ini menambah, dia tidak mahu bersikap hipokrit dalam menonjolkan imej seksinya bukan sahaja sewaktu dalam set penggambaran sesebuah produksi yang disertainya tetapi juga sewaktu dalam kehidupan sehariannya.
Daripada senario itu, ia seolah-olah menggambarkan tentang segelintir masyarakat memandang rendah artis seperti Zarina tetapi hakikatnya cerita-cerita kontroversi artis sepertinya yang sering menghangatkan ruangan-ruangan gosip dalam persada hiburan tanah air.
cuba ikut jejak Jade atau Nyomi Marcela ..
BalasPadamtawaran berlakon banyak dapat ... + fulus dapat .. sodap dapat ... fofular lagi ...
gambar blue tak nak berlakon ka???
BalasPadamPEJUANG HAMAS