Rabu, Mei 16, 2012

PETALING JAYA: Penyanyi Yuna atau Yunalis Zarai tetap akan memberikan keutamaan kepada bidang nyanyian walaupun banyak menerima pelawaan untuk menjadi duta produk.
Yuna, 26, bagaimanapun berkata, dia tidak pernah melihat perkara itu sebagai masalah kerana tawaran yang datang sentiasa seiring dengan perjalanan karier seninya.
"Semua produk yang diwakili saya langsung tidak mengalih perhatian saya kerana sebelum membuat keputusan itu, saya turut mengambil kira tentang kerjaya nyanyian.
"Sebagai contoh menjadi duta produk Canon, memberi peluang kepada saya untuk merakamkan perkara menarik dalam hidup saya kerana saya sendiri meminati bidang fotografi.
"Saya percaya pada satu tahap yang lain ia turut memberi inspirasi kepada peminat dan masyarakat keseluruhan," ujarnya kepada mStar Online pada majlis Inspirasi Selebriti Macy di sini, pada Selasa.
Tambah Yuna, dia juga bersetuju untuk mewakili sesuatu produk yang ditawarkan kerana mereka tidak menitikberatkan soal rupa paras tetapi menghargai kualiti lain yang ada pada dirinya.
Dalam pada itu, Yuna turut memberitahu pihak pengurusannya di Amerika Syarikat tidak membantah penglibatannya menjadi duta produk di negara ini.
"Jika ia berkaitan dengan kerjaya saya di Amerika mereka berhak untuk masuk campur tetapi tidak aktiviti di Malaysia dan ia telah dipersetujui sejak awal lagi.
"Jadi tidak timbul sebarang masalah jika saya mewakili sesuatu produk atau ingin mengeluarkan album di negara saya sendiri," ujarnya.
Sementara itu, Yuna berkata, dia sangat gembira apabila album pertamanya di negara berkenaan telah dilancarkan dan terharu dengan penerimaan peminat.
Jadualnya juga cukup padat untuk mempromosikan album terbarunya itu dan bakal menjelajah ke seluruh Amerika Syarikat pada bulan depan.
"Bayangkan setiap negeri di Amerika ada 10 stesen radio berbeza dan rangka promosi yang diaturkan sangat padat tetapi ia memberi pengalaman baru buat saya.
"Saya kembali ke Malaysia pun untuk tempoh yang singkat dan akan kembali ke sana dalam masa terdekat untuk konsert jelajah," ujarnya.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping