Dah banyak kali dah Semut sebut pasal perkara ini. Selama ini, dalam sejarah PAS sendiri, belum pernah ada Presiden yang tunduk kepada Mursyidul Am.
Sebab itu dizaman Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, PAS dilihat lebih gah dan digeruni kerana kredibiliti Presidennya sendiri. Dia tetap tegas dengan pendiriannya.
Dalam kemelut PAS sekitar tahun 1970an pun begitu. Ustaz Asri yang ketika itu menjadi Presiden PAS tetap mahu memecat Datuk Mohd Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan.
Jelas, ketika itu, Ustaz Asri tidak mengendahkan lansung saranan Majlis Syura agar mempertimbangkan semula keputusan tersebut dan tidak dilakukan tergesa - gesa.
Tetapi, kini PAS nampak gayanya sudah banyak berubah. PAS sekarang lebih tunduk kepada suara Mursyidul Am walaupun tugasnya hanya untuk menasihatkan Presiden sahaja.
Kuasa penentu dalam PAS kini bukan lagi milik mutlak Presiden dan Jawatankuasa. Sebaliknya, semua berada dalam genggaman Mursyidul.
Jika perkara ini berlaku, maka adalah tidak adil kerana tindakan itu jelas membelakangkan hak ahli yang memilih Presiden serta Jawatankuasa Kerjanya dalam Muktamar Tahunan.
Untuk apa mereka pilih Presiden kalau kuasa penentu terletak ditangan orang yang hanya dilantik oleh beberapa kerat sahaja? Dimana demokrasinya kalau macam tu?
Jelas, PAS sekarang lebih cenderung mengamalkan dasar Kuku Besi yang dikuasai oleh Mursyidul Am. Hak ahli telah dilupuskan begitu sahaja. Ianya sudah tidak penting.
Jadi, jangan pelik la kalau lepas ni Presiden PAS dan beberapa konco yang kuat menghentam UMNO akan tunduk dan bersetuju untuk bermuzakarah dengan UMNO. Kalau sebelum ni, diorang la yang paling lantang sekali menolak cadangan tersebut!!!
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tetap mahu mengadakan muzakarah dengan Umno meskipun tidak mendapat persetujuan ahli jawatankuasa tertinggi parti termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, pertemuan itu penting bagi menentukan hala tuju dan matlamat perjuangannya untuk menegakkan syiar Islam.
“Ini keputusan saya dan tidak ada kena-mengena dengan orang lain, jadi saya tak kisah walau ada yang tidak bersetuju.
“Kita mesti letak syarat bagi menjelaskan maksud sebenar kita mengadakan muzakarah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pasar Kota Jembal di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Abdul Hadi yang kelmarin mengumumkan bahawa tidak akan ada muzakarah dengan Umno dalam masa terdekat.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.