Sekarang, Si Nurul Izzah tu boleh la diberikan gelaran sebagai Ratu Kontroversi disamping nama - nama yang yang telah dimilikinya.
Kerja dia hari - hari ialah mencetuskan kontroversi yang bukan - bukan bagi meraih perhatian dari rakyat. Dia dah tak de cara lain. Hanya itu sahaja caranya.
Dikala pemimpin Barisan Nasional meraih populariti menerusi kerja - kerja yang dilakukan mereka untuk rakyat, Nurul lebih selesa mempertikaikan benda yang bukan - bukan.
Itulah sikap sebenar seorang pejuang yang KONONnya berjiwa rakyat. Setakat cakap je nak memperjuangkan hak rakyat, tapi dia sendiri hidup dalam kekeliruan.
Mana tidaknya. Dia pandai nak mempertikaikan kerja - kerja SPR. Tapi dalam masa yang sama, satu kerja SPR pun dia tak faham.
Sebelum ini, dia pelik apabil ramai diantara penduduk setempat tidak didaftarkan sebagai 'Resident Voter'. Bahasa mudahnya, Pengundi luar.
Itu sahaja sudah cukup memberi gambaran yang dia sendiri tak faham apa maksud pengundi luar. Jangan cerita la bab semakkan daftar pemilih ikut sukuan. Lagi la dia tak faham!!!
Yang lebih menghairankan, kalau dia tak faham pasal isu 'Non Resident Voter', kenapa dia nak sibuk - sibuk memperjuangkan hak mengundi rakyat Malaysia di luar Negara?
Kalau ikutkan definasi yang dia buat, mereka yang tak daftar dikawasan tempat tinggal semuanya pengundi hantu belaka. Apa? Dia tak kisah ke? Hmm... Bagaimana ya?
Itulah. Orang suruh duduk kat rumah jaga suami dan anak - anak. Tapi dia tak nak. Nak jugak tunjuk pandai. Kan dah tak pasal - pasal je malu. Dah tu, malu dia cari sendiri. Lahi la kesiannya. Sekarang, Baru Padan Muka Dia!!!
Kalau mengikut Bersih, pengundi luar negara perlu diberi hak mengundi. Dan tuntutan ini disokong oleh Nurul Izzah. Nurul siap tanya dalam Parlimen tentang isu ini.
Puan Nurul Izzah Binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Luar Negeri menyatakan tahap persediaan serta langkah-langkah persiapan yang diambil bagi setiap Kedutaan, Pejabat Suruhanjaya Tinggi, dan Konsulat Malaysia di seluruh dunia untuk memastikan semua warganegara Malaysia luar negara mendapat hak mengundi, serta proses pengendalian kertas undi bagi pengundi luar negara.
Tapi pada masa yang sama, Bersih dan Nurul menghentam SPR kerana kononnya membiarkan kewujudan pengundi luar kawasan. Boleh baca ulasan aku di sini.
@bersih2 Ada 3.1 juta pemilih yg mengundi di luar kawasan tempat tinggal mrk (non resident voters) . SPR tidak kisah. Bgm ya? - Seterusnya, klik disini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.