Jenna Talackova, 'Lelaki' Yang Sertai Miss Universe |
Baru - baru ni, ada seorang sahabat Semut bercerita pulak pasal golongan Mak Nyah yang dicekup oleh pihak berkuasa dan Pejabat Agama Islam.
Ramai jugak yang ditahan katanya. Mereka ini kemudiannya dibawa untuk diberikan kaunseling mengenai perbuatan yang mereka lakukan.
Dalam sesi tersebut, pegawai - pegawai Pejabat Agama telah memberikan mereka tazkirah mengenai peristiwa kaum Nabi Lut yang ingkar dengan seruan Allah S.W.T.
Diakhir sesi kaunseling, ramai diantara golongan Mak Nyah tu menangis teresak - esak kerana insaf. Ada diantara mereka mengakui telah lari dari ajaran Islam.
Ada juga yang menceritakan pasal pembedahan yang telah dibuat untuk berubah terus menjadi seorang wanita dengan bayaran yang cukup mahal!!! Ribu - ribu harganya!!!
Kata sahabat Semut, nasib baik la tak de diantara mereka yang kata diorang ni pengikut PKR yang memperjuangkan Hak Kebebasan Manusia. Kalau ada, memang naya la jawabnya!!!
Tapi, hakikatnya, itulah yang cuba dilakukan oleh puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Mereka nak berikan hak yang saksama kepada golongan seumpama ini.
Jadi, tak heran la kalau dikalangan mereka menjadi bisu bila Si Lesbian Sesat tu kata Lesbian dan Gay ni pun ciptaan Tuhan. Adakah itu pun PAS masih lagi nak berdiam diri? Kalau setakat jadi bisu, baik tak payah mengaku kata diorang tu pejuang Islam!!!
KUANTAN - Golongan yang mengamalkan gaya kecelaruan jantina yang beragama Islam, akan berdepan tindakan tegas di negeri ini, apabila Dewan Undangan Negeri Pahang meluluskan Rang Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah (Pindaan) 2012.
Pindaan rang-rang undang itu dipersetujui sebulat suara selepas dibahaskan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Badan Bukan Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Shafri Abdul Aziz.
Dalam perbahasannya, beliau mengupas permasalahan dalam masyarakat masa kini iaitu lelaki yang gemar menyerupai dan berkelakuan seperti perempuan dan perempuan yang berkelakuan seperti lelaki.
Mohd Shafri berkata itu sama sekali salah dan dilarang agama Islam.
Kesalahan itu, katanya, terkandung dalam peruntukan Bahagian IV rang undang-undang itu iaitu kesalahan berhubung dengan kesusilaan.
"Bagi kedua-dua kesalahan iaitu mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak perempuan di tempat awam atas tujuan yang tidak berakhlak dan perempuan yang memakai pakaian lelaki dan berlagak seperti lelaki di tempat dan tujuan sama, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya," katanya.
moga mereka sedar dan berubah mengikut jalan Allah S.W.T
BalasPadam