Ahad, Mei 13, 2012


Dalam kenyataannya di Harakahdaily semalam, dia turut mengaitkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menggesa dan yakin bahawa rakyat akan memberikan undi kepada BN pada PRU13 kali ini.

Alasannya, dengan kenyataan sokongan dari Tun Dr. Mahathir itu, Najib akan “terhutang budi” kepada mantan Perdana Menteri itu dan akan melaksanakan akta ISA yang digubal di zaman negarawan ulung itu.

Saya sangat hairan dengan kenyataan “thinktank” PAS ini. Sebodoh-bodoh Mahfuz Omar, dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan terdesak sebegini. 

Paling teruk pun, Mahfuz pernah menyatakan hasratnya untuk jadi Perdana Menteri. Tapi, Dzulkefli lebih “murakkab” kejahilannya.

Sekiranya, janji-janji Najib itu buruk, tak payah suruh rakyat berjaga-jaga pun, mereka takkan termakan dengan pujukan-pujukan Presiden UMNO itu.

Selalunya, jika janji-janji itu memang bagus, terbaik, realistik dan masuk akal, barulah ia dinamakan pujukan yang Dzulkefli patut risau dengan janji-janji sebegitu!

Nampak sangat Dzulkefli sudah hilang akal dan tidak ada modal lagi untuk menyanggah janji-janji Najib yang menjanjikan perkara-perkara terbaik untuk rakyat Malaysia. Sadisnya, dia sampai jadi bodoh berfikir untuk memburuk-burukkan Najib!

Najib tidak seperti PAS dan Pakatan Haram yang menjanjikan “bulan dan bintang”, “syurga dan neraka” atau “China doll dan Siam doll”.

Jika dibandingkan janji-janji Najib dan UMNO dengan Anwar dan Pakatan Haram, ianya bagai langit dan bumi! Sangat berbeza dan sangat ketara pembohongan yang dijanjikan oleh Pakatan Haram.

Cuba semak buku “Jinggay” dan telitikan apa yang direncanakan di dalam dasar Pakatan Haram. Terang-terang buku itu adalah sebahagian besar dari dasar Lee Kuan Yew, “abang besar” kepada Lim Kit Siang dan Nik Aziz!

Jika malas nak membaca buku “Jinggay”, sila semak kembali manifesto Pakatan Haram di setiap negeri yang berjaya dijajah mereka. Dan perhatikan pula, apakah mereka sudah melaksanakan semua manifesto tersebut?

Bagaimana mereka mahu melaksanakan manifesto tersebut? Yang dijanjikan di dalamnya ialah janji “bulan dan bintang”! Semuanya tak logik, memufliskan kerajaan dan merosakkan negeri serta rakyatnya.

Cuba lihat di Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Berapa banyak rumah urut, arak dan “China/Siam doll” bermaharajalela secara haram di negeri-negeri tersebut?

Mana elaun suri rumah, elaun tadika anak kecil, elaun warga emas dan berbagai elaun yang dijanjikan?

Berbeza dengan Najib, apa yang beliau katakan, insyaAllah akan beliau kotakan. Beliau janji “durian runtuh” untuk peneroka Felda, maka “durian runtuh”lah mereka terima. 

Beliau janjikan ISA dihapuskan, tak sempat Pakatan Haram sebut dalam parlimen, beliau sudah batalkan ISA lebih awal.

Hakikatnya, rakyat lebih bijak untuk menilai janji-janji Najib dan janji-janji Pakatan Haram. Dan kerana rakyat lebih bijak dari Dzulfkefli itulah maka mereka lebih memilih Najib berbanding Anwar. Itu hakikat dan fakta yang perlu Dzulkefli telan. Faham?

Ps: Kalau tak faham jugak, Sila Klik Kat Sini.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Alamak wajah Syaitan seperti yang di bayangkan oleh pengamal sihir barat telah menjelma di wajahnya.

    Tinggal taruk tanduk lengkap lah.

    Ngeri... serammmmmmmm

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping