Bagi budak tadika RM 50 sebulan? Itu je yang mampu dilakukan oleh puak - puak Pakatan Pembangkang di Selangor? Apa ke banyak sangat!!!
Nak bayar yuran PASti pun tak lepas Khalid oi!!! Janji kata nak bagi pendidikan percuma. Ni bagi elaun, menda kejadahnya pulak!!!
Itulah. Orang dah cakap. Kalau nak tabur janji tu pun, agak - agak la. Biar la buat benda yang munasabah. Kalau setakat bercakap je, tapi tak reti nak buat, Baik Tak Payah!!! Mengabihkan masa je!!! Dah la tu, menipu rakyat. Lagi la macam Sial!!!
Pada PRU ke-12 lalu, manifesto Pakatan Haram Selangor berjanji untuk memberikan pendidikan pra-sekolah percuma kepada anak-anak di negeri itu yang berusia 5 hingga 6 tahun. Ertinya, pendidikan percuma tanpa sebarang bayaran untuk kanak-kanak tadika di Selangor.
Siang dan malam mereka berkempen mengelilingi Selangor dan mencanangkan manifesto tersebut kepada rakyat sehingga ada di antara mereka yang “hilang” suara kerana terlalu banyak menipu…
Namun kini, setelah 4 tahun Pakatan Haram menjajah Selangor, mengapa rakyat di negeri itu masih perlu membiayai sendiri segala kos pendidikan tadika anak-anak mereka?
Saya melihat, sekiranya budak-budak tadika pun tidak mampu diberikan pendidikan percuma sebagaimana yang dijanjikan Pakatan Haram, apatah lagi tentang soal PTPTN dan pendidikan percuma di IPT yang skopnya lebih besar dan rumit!
Rafizi melalak mahu KJ dan kerajaan sediakan kerangka penyelesaian yang lebih menyeluruh mengenai pelan pelangsaian PTPTN dan pendidikan tinggi percuma, tapi Pakatan Haram sendiri tidak mampu menyediakan kerangka pendidikan tadika percuma?
Kerangka sekecil itu pun Khalid Ibrahim dan Anwar tidak mampu urus dan bentangkan? Kalau janji pandai pula mereka jaja keliling negeri. Tapi penyelesaiannya masih lagi “work in progress”?
Justeru itu pada saya, Rafizi perlu berdebat dengan Khalid Ibrahim dan Anwar dahulu sebelum menyalak-nyalak mengenai sesuatu yang dia sendiri tidak terjangkau.
Lagipun, kalau sekadar pandai bercakap saja dan tidak membuktikan kebolehan, sesiapa saja mampu berbuat demikian.
Seperkara lagi, tak payahlah nak ajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berdebat kerana beliau sebok bekerja untuk rakyat. Lagipun, rakyat memerlukan pemimpin yang pandai dan terbukti mahir buat kerja, bukan yang hanya pandai bercakap dan menipu di sana sini.
Meskipun sesetengah pihak melihat debat mempunyai kebaikan tertentu, tidak semestinya debat perlu dilayan. Debat yang berasaskan niat buruk, sudah tentu mempunyai lebih banyak keburukan berbanding hikmah yang boleh diperoleh darinya.
Tidak melayan debat bukanlah bererti takut. Misalnya, dari terus melayan orang gila dan kita pun sama gila kerana melayannya, lebih baik tak perlu dilayan saja. Lebih banyak kerja yang bermanfaat dari melayan kehendak segelintir pihak yang cuba meraih populariti dengan lidahnya.
Ingatlah, Rasulullah SAW menganjurkan agar umatnya menjaga lidah. Dan sesungguhnya orang yang kurang bercakap dan banyak berkhidmat bekerja untuk rakyat itu lebih mulia dari mereka yang banyak bercakap dipentas ceramah tapi suka menipu dan tidak tahu buat kerja! - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.