Selasa, Mei 15, 2012


Nampaknya kemenangan di malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 25 baru baru ini menjadi pemangkin kepada kerjaya Tasha Shilla yang kini semakin sibuk dengan jadual lakonan & aktiviti seni.

Portal hiburan GUA hari ini melaporkan yang pemegang gelaran Artis Baru Wanita Paling Popular ini sudah menerima tawaran memegang watak dalam sebuah filem Hollywood.

Filem yang di’maksudkan bukan juga calang calang kerana media Hollywood baru sahaja bercakap berkenaan filem ini dalam beberapa hari lepas — filem biopik, Jimi Hendrix.

Siapa Jimi Hendrix anda tanya? Beliau di’anggap sebagai pemain gitar elektronik terhebat dalam sejarah muzik dunia & mempunyai pengaruh yang sangat kuat walaupun hanya aktif mainstream hanya untuk tiga tahun.

Dalam perbualan telefon Tasha Shilla bersama wartawan kami, pelakon ini berkata beliau masih menunggu skrip sebelum mengesahkan penglibatan pertama beliau dalam projek itu & mengharapkan peminat supaya berdoa yang skrip yang ada sesuai dengan status Muslim beliau.

Jika Tasha Shilla berjaya terlibat dalam projek filem Hollywood ini, memang saham aktress muda ini bakal mencanak naik. Silap haribulan boleh rangkul berbakul anugerah selepas sini untuk di’bawa ke kompleks membeli belah.

Ps: Kalau orang dok sibuk mengharumkan nama Negara dimata dunia. Jauh bezanya dengan perangai puak - puak Pakatan Pembangkang tu yang memang sah tak de kerja lain.

Yang diorang tau hanya untuk memburuk - burukkan nama baik Negara dimata dunia. Kononnya, diorang nak kata yang Malaysia ni tak bagus dan sering disalah tadbir oleh Kerajaan sedia ada.

Kot kalau Kerajaan Malaysia ni kejam, takkan la boleh lahir insan - insan seni yang mendapat perhatian dunia macam ni!!! Nampak sangat la puak - puak Pembangkang tu yang tak reti menilai!!! Yang diorang tau, buat huru hara je la!!! Bukannya diorang ada kerja lain pun!!!

Published with Blogger-droid v2.0.4
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping