Khamis, Mei 31, 2012


Sebelum ini, terdengar khabar mengatakan bahawa Ahli Palimen Paling Bijak menggunakan Kepala Lutut ni ada mengeluarkan satu kenyataan.


Seperti biasa, kenyataan yang dibuat oleh Si Mahfuz Bean tu tak ubah satu lawak jenaka yang tak dapat sambutan dari orang ramai. Sebab ianya tak lawak lansung.


Kata dia, puak - puak Pakatan Pembangkang tu dah sepakat untuk memilih Melayu Islam sebagai Perdana Menteri. Jadi, isu siapa jadi PM ni dah tak timbul.

Kalau betul la apa yang dinyatakan oleh Si Mahfuz Bean ni, kenapa pulak Tunku Abdul Aziz, Bekas Naib Pengerusi DAPigs sarankan agar diorang buat Kabinet Bayangan?

Jika benar apa yang dijelaskan oleh Si Mahfuz Bean tu yang menyatakan bahawa mereka sudah ada kesepakatan, jadi, kenapa diorang tak buat Kabinet Bayang ni?

Ianya bukan satu isu yang baru. Dah lama dah orang cabar puak - puak Pakatan Pembangkang ni keluarkan senarai Kabinet Bayangan mereka. 

Tapi, sampai hari ni, diorang sikit pun tak berani nak ambik tindakan tersebut. Jadi, sepakat menda kejadahnya kalau macam tu? Kot kalau nak buat kabinet bayangan pun susah, macam mana diorang nak tadbir Negara kelak? Alamat hancur je la jawabnya!!!
PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) perlu bermuafakat dalam membentuk sebuah Kabinet bayangan sebelum bercakap mengenai cita-cita mahu menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
Beliau berkata, PKR, Pas dan DAP perlu mencapai kesepakatan dalam menamakan Kabinet bayangan kerana 'ketika ini mereka tidak pun tahu siapa yang memegang jawatan apa.' 
"Pengerusi DAP Karpal Singh berkata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng akan menjadi perdana menteri. Guan Eng berkata beliau tidak layak dan sebagainya," katanya pada sidang media di rumahnya di Bandar Sri Damansara di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perdebatan semasa dalam pakatan pembangkang mengenai pemilihan calon perdana menteri dan hak bukan Melayu menjadi perdana menteri.
Tunku Abdul Aziz, yang juga bekas naib presiden Transparency International, juga mempersoalkan bagaimana pakatan pembangkang boleh membentuk sebuah kerajaan sekiranya mereka sibuk bertengkar mengenai siapa layak menjadi perdana menteri. 
"Jangan sama sekali cakap siapa boleh atau tidak boleh menjadi perdana menteri jika anda tidak mempunyai pelan untuk memerintah negara. Sebaik sahaja anda masuk ke Putrajaya (sekiranya pembangkang menang pilihan raya), anda perlu terus mentadbir," katanya. 
"Anda hanya tidak boleh pergi Putrajaya tanpa mengetahui siapa yang akan melakukan tugasan apa. Anda perlu jelas dalam soal ini.
Pertama kali, biar kita lihat barisan pimpinan kerajaan tetapi kini mereka tidak ada sepakat mengenai Kabinet bayangan," katanya.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Bila lah Pakatan nak bagi kabinet bayangan...

    HOT! BUKTI NURUL IZZAH SENGAJA CETUS KEKACAUAN DI PANTAI PERMAI! Baca di sini...

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping