Isnin, Jun 25, 2012


Fuh!!! Malu gila!!! Kalau setakat berbogel depan sorang pun boleh mendatangkan aib, inikan pulak kalau berbogel depan 10ribu!!! Bertambah la malunya wei!!!


Ingatkan yang datang sokong Lynas dalam perhimpunan DAUN baru - baru ni setakat sepuluh orang je. Rupanya SEPULUH RIBU!!! Ramai Gila!!!

Dan semua orang yang turun ke Teluk Chempedak tu pulak semuanya orang Kuantan sendiri. Bukannya dipanggil dari luar macam geng - geng Anti Lynas tu.

Nampak sangat la yang agenda puak - puak Anti Lynas ni semakin kurang mendapat sambutan dari kalangan rakyat tempatan sekitar kawasan Kuantan.

Diorang pun dah muak asyik kena tipu je dek puak - puak tu. Apa yang puak - puak Anti Lynas tu tau buat setakat bercakap je. Tapi, benda lain diorang tak buat.

Lepas tu kerja diorang dok kutip duit sumbangan. Ke mana duit tu pergi, tak tau la pulak. Katanya nak saman syarikat Lynas. 

Kalau nak saman, pakai duit sendiri la!!! Kenapa pulak nak mintak dengan rakyat? Mintak dengan Si Fuziah tu. Dia kan banyak duit.

Kalau tidak, macam mana dia boleh bercuti dan bersenang lenang di kota London? Mana dia dapat duit nak pergi bercuti kat sana? Perbelanjaannya dah tentu mahal.

Takkan la dia pergi ke London tu pakai daun je kot!!! Agak - agak la wei!!! Kata nak perjuangkan hak rakyat. Setakat nak bayar duit peguam tak mampu tapi pergi bercuti ada pulak duit. Nak perjuangkan rakyat menda kejadahnya kalau macam tu!!!
KUANTAN -  Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Pahang Mendukung Agenda Untuk Nasional (Daun) berjaya menarik kira-kira 10,000 orang untuk berhimpun di Teluk Cempedak di sini semalam bagi menyokong usaha dan dasar kerajaan berhubung kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng di sini.
Penyelaras Daun, Wan Emril Nizam Wan Embong berkata, antara program yang dilaksanakan dalam perhimpunan itu yang berlangsung dari awal pagi hingga tengah malam tadi adalah menanam pokok yang diberi nama Lynas  sebagai gimik sokongan.
Aktiviti lain ialah senaman, persembahan kebudayaan, meditasi alam dan penerangan mengenai operasi kilang Lynas Malaysia Sdn Bhd menerusi skrin besar, katanya kepada pemberita di sini.

"Tujuan utama penganjuran adalah untuk menyampaikan sokongan terhadap pembinaan kilang Lynas yang telah diperjelaskan oleh pakar-pakar berhubung tahap keselamatannya.


"Dan, majoriti yang hadir merupakan golongan muda dari serata pelosok tanpa dinaungi atau didalangi oleh mana-mana parti politik," katanya. - seterusnya...
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. rakyat baru sedar projek lynas ni baik untuk negara dan baru tahu PR pembohong.rakyat MALAYSIA sekarang ni berfikiran terbuka.SYABAS diucapkan.semoga negara kita MAJU dn BERTAMBAH MAJU dimasa akan datang.INSYA,ALLAH.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping