Ahad, Jun 10, 2012

JOHOR BHARU – Kira-Kira 30,000 rakyat Johor pelbagai kaum dan agama berhimpun secara aman di pekarangan Istana Pasir Pelangi bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.
Mereka membawa pelbagai sepanduk dan mula berhimpun sejak 10 pagi tadi di Sangkar Kristal, Taman Pelangi sebelum berarak sejauh satu kilometer ke Istana Pasir Pelangi, yang merupakan kediaman rasmi Sultan Johor pada jam 2 petang.
Sultan Johor turut berangkat ke Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor itu, yang dianjurkan Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung).
Suasana di pekarangan istana yang penuh sesak bertukar menjadi emosional apabila baginda tiba-tiba menjadi sebak dan menitiskan air mata ketika menyampaikan ucapan ringkas kepada hadirin.
“Saya tidak akan melupakan hari yang amat bersejarah seperti hari ini,” kata baginda sambil mengesatkan air mata dan laungan “Daulat Tuanku” rakyat yang menghadiri perhimpunan itu terus berkumandang.
Sultan Ibrahim yang berterima kasih kepada mereka yang menghadiri perhimpunan itu berkata adalah menjadi amanahnya sebagai Sultan Johor untuk menyayangi rakyat.
“Tidak ada rakyat, tiadalah raja. Raja dan rakyat berpisah tiada,” katanya sambil mengingatkan seluruh rakyat negeri Johor, tanpa mengira kaum dan agama, supaya terus bersatu padu.
“Jika bersatu, kita akan kuat,” titah baginda yang ditemani isteri, Raja Zarith Sofia dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris serta kerabat diraja Johor lain.
Perhimpunan itu sebagai reaksi balas terhadap kenyataan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menerusi laman Twitter mengenai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor.
Terdahulu, baginda menerima lafaz ikrar taat setia wakil Gabung Ahmad Tarmizi Yusof serta kunjungan hormat 14 wakil NGO Johor yang menghadiri perhimpunan itu.
Categories: , , ,

4 ulasan:

  1. Klu ikut formula yg dipakai oleh al-juburi jumlah yg dtg tu dah melebihi 300 ribu org tu...

    BalasPadam
  2. sikit hari lagi tukar MB le johor nih..
    untung orang johor!!

    dengar cerita orang johor suka anak ambik utang ptptn?

    kita orang selangor suka anak tak ambik utang ptptn. kita lagi suka kalau anak kita dapat pendidikan tinggi percuma. SEBAB kita bayar macam-macam cukai. Lagipun kita tak suka riba' ptptn. Lagi satu, kita orang selangor tak suka kalau anak kita baru habis belajar dah hutang puluh2 hingga ratus2 ribu.

    kita orang selangor tak nak ptptn tapi kita nak pendidikan percuma macam kat negara lain. kita pilih mana yang untung dan bukan nak tambah hutang. kita orang selangor fikir guna otak dan bukan guna bontot.

    korang johor tak nak pendidikan free ke???
    umeno bagi rm100 korang siap tunduk2 hormat. Takkan ada orang nak bagi pendidikan free sampai ratus2 ribu, korang tolak pulak? korang dah banyak sangat duit ke nak bayar hutang ptptn anak2 korang??

    kah kah kah kah kah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Kitapun org selangor jugak tapi kita x suka smpah yg x terurus, tak suka rumah urut dan xsuka manifesto x ditepati. 2. Kita nk taulah, negara mana yg bagi pendidikan tinggi percuma sbb kita nk cuba bandingkan dengan negara kita dari aspek jumlah pelajar pendidikan tinggi, pendapatan negara, subsidi2, kadar cukai. 3. Kita suka pendidikan percuma tapi kita heran kenapa negeri kita x boleh bagi w/pun menteri besar kita kata duit simpanan negeri ada banyak. 4. W/pun kita suka free tapi kita x nak bebankn negara krn selain dr pendidikan, pendapatan negara juga di belanjakn utk sektor lain. 5. Kita pun byr cukai jugak tapi kita sedar yg jumlahnya tak sebyk mana jika d bandingkn dgn kemudahan dan jasa kerajaan. 6. Kita bersyukur sbb negara kita aman dan makmur. 7. Kita rAkyat selangor yg sedih dan risau sbb negeri kita kotor, byk org kene denggi, pmimpin kita lebih byk berpolitik, byk rumah urut dan casino. 8. Kita org selangor berdoa supaya selangor akan di perintah oleh barisan nasional.

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping