Bee Ant Cronies

Berita Pahang

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Terkini Di Pahang:

8,000 HADIRI KONSERT SUDIRMAN!!!

 
KUALA LUMPUR: Konsert Kenangan Sudirman yang diadakan di Stadium Bola Sepak, Cheras di sini malam Ahad berjaya memukau kira-kira 8,000 penonton yang mahu mengimbas populariti lagu-lagu Allahyarham.
Ternyata, konsert anjuran Astro itu mampu mengubat kerinduan peminat terutamanya bagi mereka yang membesar dengan lagu-lagu beliau.
Dalam masa yang sama ia juga dapat memberi pendedahan kepada generasi muda termasuk para artis untuk mencontohi kehebatan Allahyarham.
Konsert yang di siarkan secara langsung menerusi saluran Astro Prima itu turut menampilkan artis artis hebat antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar, Hafiz, Adira, Hazama, Jaclyn Victor, Aznil Nawawi, Alyah dan Osbon.
Orang ramai sanggup beratur lebih awal untuk memasuki stadium.
Ia turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian para pelakon filem 'Hoore Hoore'.
Pengacara Datuk AC Mizal bertindak sebagai pengacara.
Turut disiarkan sedutan klip video Allahyarham yang pernah dirakamkan oleh RTM suatu ketika dahulu.
Antara lagu-lagu popular Allahyarham yang dipersembahkan ialah, Punch Card, Jauh Di Sudut Hati, Chow Kit Road dan Merisik Khabar.
Konsert Kenangan Sudirman buat pertama kali anjuran Astro ini adalah sempena kempen 'Aku Sudirman' bagi mengenang 20 tahun kematian Allahyarham serta kehebatan luar biasanya menghiburkan orang ramai secara percuma di Chow Kit suatu ketika dulu.
Ps: Walaupun beliau sudah lama meninggal dunia, namun legasinya tetap berterusan. Semoga rohnya sentiasa dicucuiri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman. Amin Ya Rabbil Alamin...

1 comments:

Raimy Izaffiq berkata...

OMG ! aku dgn family dlm pic tu xD

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Hari ni, SH nak tengok, berani ke tidak pencacai Pakatan tu letak ID diorang masa nak komen. Setakat berani letak 'Anonymous' atau 'Tanpa Nama' je, apa barang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Siapa Rajin, Duduk Atas!!!

DISCLAIMER

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai politik semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.