Bonus kali ini, dia tampil lebih matang. Katanya tersusun dan tenang. Abil mengakui merasai metamorfosis itu seiring usia dan jalur hidup yang dilaluinya sehari-hari.
Ujar Abil, juga sudah lama dia tidak menjalani sesi fotografi. Bukan menolak atau mengelak, cuma masa mencemburui dia beraksi di hadapan lensa kamera.
"Ya, saya rasa semakin matang dan sudah semakin faham banyak perkara dengan lebih baik. Contoh terbaharu adalah lebih memahami lirik lagu.
Kalau dahulu hanya sekadar tahu, tapi kini saya sudah semakin memahami lirik lagu yang mendalam," ujar Abil merasai perubahan dirinya.
"Kalau soal lakonan juga, saya sudah semakin berdisiplin. Dahulu disiplin juga tapi sekarang makin jaga. Bila datang lambat, mula rasa takut.
Saya tidak mahu susahkan banyak pihak dan sebaliknya juga. Masa yang terbuang menunggu lebih baik digunakan untuk waktu kualiti bersama keluarga," luah anak kepada legenda Amy Search ini.
Dia mengaku meresap jauh lebih dalam kewanitaannya. Berubah dalam fasa yang berperingkat dan semakin tumbuh rasa segan.
"Perangai saya masih sama. Gila-gila tapi sikap segan saya lebih menebal sekarang ini. Otak lebih banyak berjalan dan jadual lebih tersusun.
Lebih bagus lagi, saya yakin saya seorang wanita yang serba boleh sekarang. Melakukan semua sendiri tanpa kehadiran suami atau teman lelaki," ujarnya yang mendapat giliran selang seminggu menjaga anaknya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.