Jumaat, Jun 01, 2012


NAMA Olivia Lubis Jensen mungkin baru bagi para peminat drama televisyen atau filem di negara ini. Namun di Indonesia, dia antara pelakon remaja yang sedang mencipta nama dalam bidang lakonan dan pengacaraan di negaranya sejak tiga tahun yang lalu.

Malah, nama pelakon yang baru berusia 19 tahun itu juga cukup mekar di Internet kerana pembabitannya dalam pelbagai bidang seni termasuklah sebagai model iklan, klip video dan pengacara.

Justeru, tidak hairanlah biodata serta pelbagai perkembangan karier seni anak kacukan Batak dan Denmark itu di Internet sering menjadi tumpuan banyak pihak termasuklah pengarah filem tanah air, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Menurut Olivia, publisiti meluas yang diterimanya termasuk di Internet itu secara tidak langsung telah membuka peluang kepadanya berlakon dalam filem arahan Ahmad Idham yang berjudul Gerimis Mengundang baru-baru ini.

Melalui cara itu kata selebriti yang mempunyai ketinggian 163 sentimeter ini, dia juga berharap lakonannya dalam filem dalam genre romantik tersebut dapat melebarkan lagi bakat lakonannya dalam dunia perfileman Melayu di negara ini pada masa depan.

"Saya mendapat tawaran berlakon dalam filem ketujuh lakonan saya itu daripada Ahmad Idham sendiri. Saya amat terkejut apabila dia menawarkan saya melakonkan watak utama sebagai Mikha dalam Gerimis mengundang pada tahun lalu.

"Saya terkejut kerana dia menemui nama saya dari sebuah laman sesawang di Internet. Idham telah menghubungi syarikat WannaB Pictures yang menguruskan kerjaya saya dan mengatakan dia berminat dengan bakat saya.

"Dia berkata saya adalah pelakon yang sesuai untuk melakonkan watak Mikha dalam filem itu selepas melihat biodata dan gambar-gambar saya di laman sesawang di Internet," katanya sewaktu fotografi dengan Hits baru-baru ini.

Si manis yang dilahirkan di Copenhagen, Denmark pada 1 April 1993 memberitahu, dia tidak mampu menolak tawaran pengarah terkenal itu kerana ini merupakan peluang terbaik untuknya mengembangkan bakat lakonan di sini.

Tambah Olivia yang berhijrah bersama keluarganya dari Copenhagen ke Bandung semasa berusia dua tahun, dia mengambil peluang itu biarpun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran sebelum berlakon dalam filem menggabungkan pelakon dari dua negara itu.

"Biasanya di Indonesia, sebelum saya berlakon filem saya akan melalui proses pembacaan skrip antara dua minggu hingga sebulan lamanya. Tetapi tempoh itu lebih pendek sewaktu saya menerima tawaran berlakon dalam filem ini pada tahun lalu.

"Ini kerana, tawaran berlakon Gerimis Mengundang datang begitu cepat dan tidak lama selepas itu saya terus berada di lokasi penggambarannya yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah dan Jakarta tahun lepas.

"Saya ada sedikit masalah bahasa yang digunakan dalam skrip filem ini yang menggabungkan bahasa Indonesia dan Malaysia. Ada perkataan atau ayat yang saya tidak faham terpaksa diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia," ujarnya.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping