SEBAGAI menghargai jasa dan pengorbanan ibu, majalah Harmoni dengan kerjasama Richworks Group of Companies telah menganjurkan Majlis Minum Petang Ibu Ratu Hatiku di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur, pada penghujung Mei lalu.
Ramai artis hadir memeriahkan acara antaranya beberapa pelakon dan penyanyi wanita popular yang turut memperaga fesyen antaranya Lisdawati, Rozita Che Wan, Anne Ngasri, Sasha Saidin dan Haiza.
Memperaga fesyen himpunan pakaian muslimah daripada Butik Hajaba, kemunculan mereka, antaranya bersama anak masing-masing di pentas mencuit hati.
Tidak ketinggalan persembahan penyanyi pujaan Malaya, Anuar Zain yang menghiburkan tetamu dengan dendangan memukau jiwa.
Sudah pasti, kemunculan penyanyi lelaki popular tersebut memberikan satu kepuasan tersendiri buat para peminat yang terdiri daripada ibu dan anak pada petang tersebut.
Selain persembahan peragaan dan nyanyian, majlis tersebut turut diserikan dengan penyampaian anugerah khas, Tokoh Ibu Harmoni yang diberikan kepada Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce, Datuk Maznah Abdul Hamid.
Penghargaan tersebut adalah sebagai tanda pengiktirafan di atas sumbangan serta semangat dan kegigihannya yang wajar dijadikan contoh bagi seluruh kaum wanita.
Di samping itu peraduan menulis esei Ibu Ratu Hatiku turut diadakan di kalangan pembaca setia majalah tersebut.
Lebih manis lagi, dua peserta yang memenangi peraduan yang disertai lebih 500 penyertaan itu telah dimenangi oleh gandingan ibu dan anak iaitu Hajah Karimah Yusof (ibu) dan anaknya, Suzi Fadhilah Ismail.
Pada majlis tersebut juga, Utusan Karya turut mengambil kesempatan melancarkan buku terbaru berjudul Serasi Sejiwa.
Buku tersebut merupakan kompilasi pelbagai tips dan juga panduan rumah tangga yang sebelum ini pernah diterbitkan dalam majalah Harmoni.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.