Rabu, Jun 06, 2012


Di sebalik pemberian cincin berlian dari pelakon Farid Kamil kepada cinta hatinya, Diana Danielle, sempena ulangtahun ketiga percintaan mereka 1 Januari lalu, rupanya ada sesuatu yang berlaku sebelum itu.

Pengarah V3 dan Kongsi ini memberitahu beliau telah membuat Diana menangis sepuas-puasnya sebelum membuat kejutan kepada kekasihnya itu.

“Saya telah cipta satu tekanan buat dia. Kami ada temujanji makan malam, namun saya sengaja memberi pelbagai alasan dengan hadir lambat ke rumahnya. 

"Diana sudah menempah meja di sebuah restoran namun saya sengaja melengah-lengahkan walhal saya memang sudah berada di kawasan rumahnya waktu itu.

“Dia menangis semahu-mahunya dalam telefon kerana saya lambat dan apabila saya sampai sejam kemudian, dia masih menangis dalam kereta. 

Di restoran, dia memarahi saya atas kelewatan saya dan saya memang merancang sengaja mahu berikannya tekanan sebelum dia menerima cincin itu,” ujar Farid berkongsi peristiwa tersebut.

“Bila dah sampai tahap maksima, sebelum saya kena tampar atau sebagainya, saya terus memberi cincin kepadanya. Waktu itu, dia menangis lagi teruk. 

"Ini pertama kali saya beri cincin kepadanya. Sebelum ini saya pernah bagi dia kuda sebagai hadiah hari jadinya dua tahun lepas. Kalau boleh, saya ingin buat dia gembira.”

Ps: Pergh!!! Tak pernah lagi orang dengar cerita ada kekasih bagi hadiah kuda. Ini kali pertama la gamaknya. Tapi, apa nak heran ye tak. Cinta punya pasal, macam - macam boleh berlaku...
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping