SEPERTI wanita lain tidak kira berstatus bujang atau janda, Rozita juga mengharapkan akan ada sinar kebahagiaan dalam sisi hidupnya pada masa mendatang.
Wanita secantiknya yang menggalas gelaran ibu tunggal kepada dua orang anak juga berhak untuk merasa kemanisan hidup berteman.
Namun, bunyinya macam berbohong apabila pelakon ini menegaskan dia belum ada 'siapa-siapa' dalam hidupnya ketika ini.
Malah semakin menafikan mengenai soal peribadinya, banyak pula gosip dan kontroversi yang melatari sisi dirinya.
Gosip dikaitkan dengan lelaki dan golongan VIP antara sudah sinonim dengan pelakon kelahiran Alor Star, Kedah ini.
Malahan, baru-baru ini timbul lagi desas desus kononnya dia akan menamatkan zaman solonya dengan seorang tokoh korporat.
"Mungkin juga mereka yang cakap macam ini sebenarnya nak lihat saya kahwin lagi dan paling penting, saya tahu semuanya tak sabar menunggu siapa pasangan yang bakal bergelar suami saya kelak.
"Ikutkan gosip nak kahwin itu sudah mula bertebaran sejak tahun lalu. Tahun ini, datang lagi gosip yang sama. Tapi apa yang saya boleh katakan, saya memang ada berkawan dengan seseorang dan sedang mengenali.
"Kenalan baru dan semuanya masih terlalu awal untuk dibicara lanjut. Saya tak rasa pun dia akan jadi suami saya. Tapi soal hati ini susah nak cakap. Hari ini cakap lain, esok boleh tukar jadi lain pula.
"Saya tidak mahu terburu-buru. Siapa yang tak mahu kahwin. Saya pun bukan muda. Nak kenal warna sebenar lelaki yang sesuai dengan kita bukannya dalam sepantas kilat.
"Mungkin ambil masa tujuh ke lapan bulan," katanya yang pernah dikaitkan menjalinkan hubungan pemain bola sepak Selangor, Mohd Asrarudin Putra Omar.
Apapun, Rozita menaruh harapan besar supaya cerita gosip ini ada kesudahannya. Mujurlah ketika ini, keluarga dan paling kedua-dua anaknya iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra amat memahami keadaan yang dihadapinya.
"Anak saya tak pernah tanya soal kahwin, tapi kalau tanya pun semuanya mengenai gosip yang membabitkan saya.
"Tahun 2009 meninggalkan banyak kenangan yang tak indah. Selepas pergi umrah Ogos lalu pun, saya masih tetap diuji dengan kontroversi bukan-bukan.
"Insya-Allah tahun ini saya mahu mengerjakan umrah lagi kerana saya ingin merasai ketenangan berada di Tanah Suci Makkah. Harapnya kerjaya dan rezeki saya akan terus murah dan dipermudahkan segala urusan," katanya.
nak ambik tapi enjin lama. performance kurang. jenuh nak overhaul.
BalasPadamkalu dh overhaul tak pe...
BalasPadamtgapi bila nk buat long distance dh monopous....
perghhh... kena cari enjin baru....