Sabtu, Jun 02, 2012


MELIHATKAN penampilan luaran dan tubuhnya yang disaluti barangan berjenama mewah dari hujung rambut hingga kaki, pasti ramai yang beranggapan aktres jelita Rozita Che Wan seorang yang materialistik dan hidup dalam serba kemewahan.

Hakikatnya, Rozita yang lebih mesra disapa Che Ta sebenarnya lebih suka mengamalkan cara hidup sederhana dalam segala hal.

Malah, Rozita mengakui sebagai ibu tunggal dua anak yang meningkat remaja, dia memang bekerja keras untuk memastikan dua anaknya, Ammar Effendy, 16, dan Aniq Ezzra, 14, hidup selesa sehinggalah mereka mampu berdikari kelak.


“Biarlah anak-anak yang hidup mewah kerana mereka sudah ‘terbiasa’ sejak dulu. Sampaikan kasut sekolah pun anak-anak saya nak pakai jenama Louis Vuitton. 



"Sebagai ibu, saya pula tidak sampai hati untuk hampakan permintaan mereka. Saya akui bukan mudah untuk kita menukar secara drastik cara hidup yang sudah didedahkan sejak kecil.

“Contohnya, musim cuti sekolah ini pun anak-anak saya pergi bercuti bersama bapanya di Paris selama lapan hari. Saya juga beri duit poket pada anak-anak sebanyak RM2,000 dan kalau tak cukup, mereka akan hubungi saya minta masukkan lagi duit,” katanya.

Namun duta Safi Rania Gold ini berkata, dia sendiri tidak kisah memakai barangan kecantikan yang murah asalkan ia sesuai untuk kulitnya. 

"Contohnya, saya memilih produk Safi Rania Gold yang sudah digunakan kami seisi keluarga sejak dulu. Buat apa saya nak beli produk kecantikan mahal kalau kita sudah ada produk bagus dan sesuai untuk kulit serta boleh dibeli dengan harga berpatutan.

“Saya juga tidak suka membazir dan hanya akan beli barang berjenama jika ia jualan murah atau diskaun. Lihat saja beg tangan Prada yang saya gayakan hari ini pun saya beli ketika ada jualan murah ketika berada di Paris, baru-baru ini,” katanya.

Rozita ditemui pada majlis pelancaran penjenamaan semula label pereka fesyen, Michael Shu dan koleksi Purnama By Michael Shu yang berlangsung di Alexis Garden, Mid Valley, baru-baru ini.

Berkongsi pencapaiannya, kata Rozita, dia bersyukur dengan apa yang dikecapi hari ini sejak berkecimpung dalam bidang seni enam tahun lalu.

“Walaupun saya pernah bersara ‘sebulan’ dulu tapi pengarah dan produser terus beri kepercayaan untuk beraksi dalam drama mereka sampai sekarang. 

"Saya memang tak sempat berehat kerana tawaran berlakon yang semuanya watak utama tidak pernah putus sampai sekarang.

“Bukanlah saya tamak rebut semua tawaran yang datang, sebaliknya saya perlu lebih selektif jika dapat tawaran berlakon tiga drama dalam satu masa. Bagi mencari kelainan, saya akan pilih karakter mana yang lebih bagus dan mencabar untuk dilakonkan,” katanya.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping