Ini siaran ulangan. Benda ni bukannya satu perkara baru. Ianya pernah Semut bangkitkan tak lama dulu. Tapi disebabkan sikap Hipokrasi Pak Berahim, kena jugak dikorek semula.
Semalam, dalam Himpunan Hijau Occupy Balok di Gebeng berlansung, Pak Berahim tampil memberikan ucapan dihadapan seribu orang peserta. Kata Pak Berahim;
“Isunya sekarang ialah kebimbangan kita kepada sisa kilang itu. Kita menghormati undang-undang tetapi kita mahu isu ini diberhentikan segera,” katanya ketika berucap.
Kalau Pak Berahim nak isu ni dihentikan, tak payah la nak banyak soal. Pakar berkaitan dah sahkan yang kilang ni selamat. Dia nak pertikai apa lagi???
Itu kata dia sekarang. Tapi, ianya jauh berbeza dengan apa yang dia kata dulu sebelum kilang Lynas tu dibina. Dia hadir dalam satu taklimat khas mengenai kilang tersebut.
Masa tu, Pak Berahim tak de buat sebarang bantahan. Pak Berahim anggukkan sahaja apa yang dinyatakan oleh pihak Lynas. Dan ianya disokong pulak oleh Dr. Che Rosli.
Dibawah ni bukti yang mereka turut hadir dalam sesi taklimat yang telah diberikan oleh pihak Lynas dan MITI. Klik imej untuk dibesarkan.
Tapi, apa yang membuatkan Pak Berahim berubah hati? Sebab dia nak bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS Pusat. Maka terpaksa la dia bangkitkan isu tu.
Itu pun setelah lebih setahun (pembentangan dibuat tahun 2009, pemilihan PAS tahun 2011) dia berdiam diri dan bersetuju dengan pembinaan kilang tersebut.
Disebabkan Pak Berahim tak de sebarang kredibiliti dan tak de agenda untuk dibawa, maka dia mempergunakan platform Anti Lynas sebagai wadah perjuangannya.
Mahu atau tidak, Pak Berahim dah bersuara. Jadi, dia terpaksa teruskan jugak dengan apa yang diluahkan sedangkan dulu dia dah bersetuju dengan cadangan yang diberikan.
Sekarang Semut nak tanya korang. Apakah ini bukan sikap seorang manusia yang Hipokrit? Apakah ini bukan tanda - tanda orang yang Munafik dalam Islam? Korang fikir la sendiri!!! - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.