Sabtu, Jun 02, 2012


Halamak!!! Apa dah jadi ni? Bukan ke dulu Nik Aziz beria - ia benar mempertahankan pendirian bahawa undi PAS ni masuk syurga? Kenapa pulak tiba - tiba berubah ni?

Kini sudah semakin jelas bahawa Si Haji Hadi ni mula sedar bahawa perjuangan pemimpin PAS yang terdahulu hanya mengarut semata - mata. Ini bukan kali pertama.

Tahun lepas, dalam mukhtamar mereka, Haji Hadi menyatakan bahawa perjuangan untuk membina Negara Islam ini tidak termaktub dalam Al - Qur'an.

Secara tak lansung, Si Haji Hadi ni meletakkan hukum bahawa pemimpin PAS yang sebelum dia tu semuanya buta Al - Qur'an kerana menjadikan perkara tersebut sebagai dasar.

Kali ini, dia nampak gayanya sudah sedar bahawa kuasa untuk menentukan syurga ni bukan hak mutlak PAS semata - mata. Ianya adalah Hak Rabbul Jalal, Tuhan Sekian Alam.

Tapi sayang. Selepas 55 tahun PAS ditubuhkan dan setelah berbulan - bulan Si Nik Aziz tu mempertahankan pendirian tersebut, Haji Hadi ni baru nak sedar yang dia dah sesat???

Itulah. Bila orang kata yang PAS ni Parti Ajaran Sesat, diorang marah. Sekarang baru la nak perbetulkan apa yang menjadi darah daging mereka selama hari ini.

Selepas 55 tahun menyesatkan ahli, baru hari ini Si Haji Hadi ni nak mengakui perkara tersebut. Adakah dia mampu untuk meminta ampun bagi 55 tahun yang sudah berlalu? Itu hanya Allah sahaja yang tahu. Kita pulak, fikir la sendiri!!!
ALOR SETAR 1 Jun - Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengakui bahawa Pas tidak boleh menjanjikan syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dalam pilihan raya.

Kenyataan Presiden Pas itu sekali gus bercanggah dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mempertahankan pendirian untuk meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya.

Menurut Abdul Hadi, Pas tidak boleh berbuat demikian kerana syurga hanya hak Allah SWT.

"Pas memang tak boleh janji syurga, yang berhak jamin syurga hanya Allah. Nabi pun tak berhak janji orang masuk syurga, cuma Tuhan bagi tahu Nabi, jadi kita boleh tahu siapa yang beriman dan beramal soleh dan ikut Islam maka akan masuk syurga, itu saja. Kita tak boleh senarai, itu bukan hak kita," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan Amanat Khas Presiden Pas sempena Himpunan Hijau ke Putrajaya di Kota Sarang Semut, dekat sini hari ini.
Categories: , , ,

4 ulasan:

  1. ahahaa..... kelakar la blog nie.. kena byk baca dan phm intipati ape yang dimaksudkan oleh kedua2 ulamak nie...

    BalasPadam
  2. dalam parti mereka[pas]sendiri mereka tidak bersependapat.apatah lagi dalam komponen pr[antara parti dengan parti].kalau macam nilah cara keadaan mereka macamana nak memerintah negara.haji hadi tidak sedar tentang percakapannya.apa yang dikatakannya itu adalah ALSUNNAH WALJAMAAH[fardu ain] yang telah diamalkan olih UMNO dari dulu lagi hinggalah kehari ini.

    BalasPadam
  3. Kelakar atau tidak, bersedialah untuk melafaz semula kalimah syahadah wahai insan tak bernama. Tak cukup setakat membaca jika benak sudah beku. Tanya sendiri Hj Hadi kerana dia yg keluarkan kenyataan yg bercanggah dengan pegangan imanmu.

    BalasPadam
  4. fitnah semata mata...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping