Rabu, Jun 20, 2012


Haduh...Seram bulu roma bila dengar Si Husam Musang tu nak ambik tindakan dan saman blogger Syed Azidi berkaitan dengan isu wang dinar dan dirham tu.

Si Husam tu lupa agaknya yang Si Syed ni pernah diarahkan untuk buat kerja oleh dirinya sendiri. Jadi, dah tentu Syed ada bukti jika dia buat dakwaan tersebut.

Kita tengok la sejauh mana Si Husam berani nak ambik tindakan. Jangan dia setakat tau bercakap je, sudah la. Tapi bila tiba masanya, dia ketar lutut pulak.

Sebelum ni, Si Husam tu pun pernah jugak ambik tindakan seumpama ini. Tapi disaat - saat akhir, dia tukar pulak peguam dia sendiri. Kenapa dia tukar?

Sebab peguam dia tau, Si Husam tu tak mampu nak menang dalam kes tersebut. Itu pasal la peguam dia dipecat dan ditukar dengan peguam lain.

Korang fikir la sendiri. Itu dengan blogger yang tak kerja dengan dia, pun dia kantoi jugak. Ini, bekas blogger dia sendiri, yang diberi maklumat untuk disebarkan. Lagi la blogger tu tau apa yang dia dah buat!!! Itu pasal la blogger tu tak takut!!!
Klik Kat Sini Jap
KOTA BHARU - Pihak yang bertanggungjawab mendedahkan skandal mata wang dinar dan dirham dikeluarkan oleh Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) tidak takut disaman berhubung dakwaan itu kerana mereka mempunyai bukti kukuh.



Blogger, Syed Azidi Syed Abdul Aziz menegaskan, semua pendedahan yang dilakukan termasuk laporan polis terhadap individu tertentu sudah disahkan kebenarannya dan ia bukan sekadar tuduhan karut.

Syed Azidi berkata, pihaknya menunggu masa yang sesuai untuk mendedahkan satu persatu fakta berkaitan dengan skandal mata wang syariah terbabit berdasarkan maklumat serta bukti dimilikinya.

Sehubungan itu, Syed Azidi meminta supaya Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa menjelaskan kepada rakyat perkara sebenar lagipun beliau sudah mendedahkan nama individu berkaitan dan meminta exco negeri itu menjawab 10 soalan dimuatkan menerusi blognya.

“Kita mahu Husam bertanggungjawab dan bersikap telus dalam perkara terbabit kerana syarikat itu dikendalikan Kerajaan Negeri jadi, rakyat juga mempunyai hak untuk mengetahui keadaan sebenar.

“Lagipun perkara ini tidak ada kaitan dengan serangan bersifat peribadi, pendedahan ini adalah untuk kebaikan rakyat dan bukannya disebabkan pilihan raya yang semakin dekat. Saya tidak takut kerana kami ada bukti,” katanya ketika sidang media di sini, semalam.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping