Jumaat, Jun 08, 2012


Tindakan Pakatan Pembangkang yang ingin menghapuskan pemberian bantuan pinjaman kewangan PTPTN kepada mahasiswa adalah bukti mereka tidak mengutamakan kepentingan masyarakat Melayu.

Tindakan itu juga membuktikan bahawa Pakatan Pembangkang hanya memberikan keutamaan kepada perjuangan parti semata-mata dan bukannya demi kebajikan rakyat.

Tidak mustahil sekiranya kelak mereka berjaya menawan Putrajaya, mereka akan turut menganiaya dan menzalimi Kerajaan Negeri yang tidak menyokong mereka.

Membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Khalid Gereja sebelum ini, dia jugak jelas telah melempang muka mereka yang beria - ia sangat nak hapuskan pinjaman PTPTN ni kelak.

Mengambil contoh di UNISEL, Khalid kata pelajar di Universiti tersebut terdiri daripada 90 peratus Melayu, maka pinjaman yang tidak diluluskan dianggap mengkhianati dan menganiaya orang Melayu.
“Pelajar Unisel itu lebih 90 peratus Melayu, apabila pinjaman tidak diluluskan, ia sedang mengkhianati dan menganiaya orang Melayu,” tegasnya.
Jadi, bagaimana mungkin dia juga bersetuju dengan cadangan Pakatan Pembangkang untuk menghapuskan pinjaman PTPTN jika ianya dianggap menganiaya orang Melayu?

Tidakkah kenyataan Si Khalid Gereja tu dilihat bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh puak - puak Mahasewel yang didalangi oleh PKR sebelum ini?

Atau adakah itu tujuan sebenar Si Khalid Gereja ni? Adakah dia sebenarnya nak menyindir perjuangan yang jelas membuangkan masa oleh puak - puak tersebut?

Kalau Si Khalid Gereja tu anggap pembekuan PTPTN ni sebagai satu kezaliman, maka dia wajar menganggap tindakan menghapuskan PTPTN sebagai satu tindakan yang zalim juga.

Namun, persoalannya, kenapa dia tidak pulak menyuarakan pandangan dan menentang cadangan yang dibuat oleh puak - puak Mahasewel dan jugak PKR tu sebelum ini?

Apa yang jelas, sekarang puak - puak Pakatan Pembangkang tu memang dah terkena peluru yang mereka sendiri tembak sebelum ini kepada Kerajaan. Nak pulak buat Si Rafizi Jambu tu.

Itulah. Orang dah pesan banyak kali. Kalau nak buat satu perkara tu fikir dulu dengan Kepala Otak. Jangan buat ikut sedap hati je. Bila dah jadi macam ni, tau pulak diorang nak marah tak tentu arah. Habis, siapa suruh diorang berfikir guna Kepala Lutut!!! 
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Ambik hang......

    BalasPadam
  2. jenih bodo tk leh ajag macam tu laaa....kalo ckp melayu bengong nak marah...tapi tindak tanduk nampak sgt bengong nak kata apa lagi....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping