Khamis, Jun 07, 2012


Bagi Semut, tindakan Si Rafizi Jambu ni mempertikaikan mengenai penyenaraian FGVH adalah tindakan yang cukup bodoh dan merugikan.

Dia umpama seorang lelaki buta yang teringin nak jadi pemimpin kepada orang buta lain. Dalam erti kata lain, dia sendiri pun tak tau apa - apa.

Kalau dah dia pun tak tau apa - apa, macam mana dia nak jadi pemimpin? Adakah cukup untuk dia membuat andaian semata - mata?

Hari ini, Si Rafizi Jambu tu mempertikaikan mengenai pegangan saham yang dimiliki oleh peneroka iaitu sebanyak 5.5 peratus dari keseluruhan saham FGVH.

Dia sikit pun tak nyatakan jumlah 60% pegangan saham yang dimiliki oleh Felda dalam usaha menyenaraikan FGVH ke bursa sahama.

Sebaliknya, Si Rafizi Jambu tu kata jumlah besar (lebih kurang 94.5%) adalah milik syarikat Bumiputera yang dipertikaikan statusnya.

Kenapa dia tak sebut yang 60% tu milik kekal Felda? Adakah ianya usaha untuk dia mengelirukan rakyat dan warga Peneroka? Ya!!! Memang itu tujuan dia.

Tambahan pulak, cara dia menyatakan mengenai cagaran tanah Felda Plantation itu juga menimbulkan rasa curiga. Dia jelas tak faham konsep pajakan yang dimaksudkan.

Tanah Felda Plantation ini adalah tanah milik Kerajaan Negeri yang diberikan kepada Felda untuk diusahakan. Tempoh pajakannya dinaikkan kepada 99 tahun.

Walaupun Felda mempunyai hak untuk memajak tanah tersebut bagi tujuan penyenaraian FGVH, namun tanah tersebut tidak boleh dipindah milik.

Ianya tetap milik Kerajaan Negeri yang terlibat. Jadi, bagaimana hak rezab tanah Melayu Felda dapat bertukar tangan sekiranya pemilikan tanah itu adalah hak Kerajaan Negeri?

Adalah dimaklumkan bahawa tanah tersebut DIPAJAK, bukannya DICAGARKAN sepertimana yang dinyatakan oleh Si Rafizi Jambu tu.

Jauh bezanya antara PAJAK dan CAGAR ni brader. Bukannya benda yang sama!!! Kalau itu pun dia tak dapat nak bezakan, menda jadahnya dia nak buat cerita yang bukan - bukan!!! Kalau setakat nak sesatkan pemikiran orang, baik tak payah jadi pemimpin!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Rafizi ni ingatkan dia sorang je belajar tinggi,tgk masa debat dulu,beria2mempermosikan yg dia ni akauntant.Apa dia sorang je ke belajar akauntant!Yg buat dia popular bukan kerana kelulusan dia,tapi kerana dia Pengarah Strategi PKR.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping