Selasa, Jun 19, 2012


Rack, jenama butik diinspirasikan bintang filem Hoore! Hoore!, Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jahangir Khan, 20, bersama kakaknya, Shakira Idora (Kira), 22, diusahakan dua beradik itu bukan sekadar menyokong ‘trend’ perusahaan butik oleh golongan muda.

Sebaliknya Kilafairy juga pemegang Diploma Pengurusan dan Pemasaran Fesyen di Kolej Antarabangsa Raffles manakala Kira, pemilik Diploma Rekaan Fesyen dari Universiti Lim Kok Wing, ingin mengembangkan ilmu yang ditimba mereka untuk menjadikan Rack sebagai jenama terkenal.


“Bagi saya perniagaan yang diusahakan Kila dan kakak ini tidak jauh bezanya dengan kerjaya mama sebagai penyanyi, kerana fesyen dan artis itu saling memerlukan dan melengkapi.




“Ada sebahagian rekaan pakaian yang terdapat dalam butik ini, dulunya pernah popular di zaman 70-an, 80-an dan 90-an, yang mama sendiri pernah memakai fesyen berkenaan ketika zaman remajanya termasuk digayakan ketika membuat persembahan.



“Justeru, perniagaan yang diusahakan ini boleh dikatakan datangnya daripada minat mama sendiri terhadap fesyen yang menurun kepada kami,” katanya pada majlis pelancaran Rack, Rabu lalu.

Beroperasi di The 19 USJ City Mall sejak sebulan lepas, pemilihan lokasi itu sebagai memanfaatkan lot kedai yang dibeli ibunya beberapa tahun yang lalu. Daripada terbiar tanpa diusahakan, mereka tertarik untuk mengusahakan butik.

Rack merangkumi produk-produk seperti hiasan aksesori, beg tangan, kasut tumit tinggi, skaf kepala, tali pinggang dan pakaian rekaan mereka sendiri seperti ‘gaun koktel’ dan pakaian sedia pakai untuk wanita.

Jenama berkenaan, turut menghasilkan kasut khusus untuk pelanggan yang gemarkan tapak tinggi.

“Susah sebelum ini nak cari kasut yang bertumit lebih daripada lima inci dan ini memberi idea kepada saya mereka sendiri kasut sebagai salah satu tarikan jenama Rack. 

"Mana tahu, jika sambutan diberikan hangat, kami dapat membuka cawangan lain sekali gus memperkenalkan butik khas untuk lelaki,” katanya.

Klik Kat Sini...
Memilih ‘Rack’ sebagai jenama, ia punya kaitan dengan imaginasi dua beradik itu yang juga anak dara kepada penghibur terkenal Rohana Jalil, yang sukakan kehidupan penuh fantasi.

“Rack maksudnya adalah tanduk rusa. Kalau menonton filem fantasi, rusa sering digambarkan sebagai binatang yang ironi dengan dunia fantasi. 

"Sebagaimana pakaian dan aksesori yang terdapat di dalam butik ini ia refleksi kepada imaginasi dan fantasi kami terhadap sesuatu fesyen.

“Semua rekaan pakaian yang terdapat di dalam butik ini dipilih dan direka secara peribadi oleh Kila dan kakak. Walaupun Kira orangnya agak rock dan gemar pada motif dan corak abstrak atau artistik, sementara saya pula menjurus gaya elegan namun citarasa kami seiring.

“Pendek kata, mereka yang membeli jenama Rack ini ibarat mereka sedang bergaya cara Kila dan Kira. Kami sukakan rekaan yang ringkas namun dalam setiap rekaannya itu haruslah memberi impak kepada si pemakai.

“Sasaran jualan adalah untuk kategori ‘Yuppies’ khusus buat remaja manakala ‘Bums’ untuk golongan dewasa. Keistimewaan label Rack ini terletak pada rekaannya yang eksklusif dan berbeza daripada butik sedia ada.

“Hampir semua pakaian yang terdapat di Rack adalah jenama antarabangsa antaranya dari Jepun, Eropah dan Amerika termasuk yang direka sendiri oleh Kira,” katanya.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping