Khamis, Jun 07, 2012


Semalam, Semut terbaca satu artikel yang dikeluarkan oleh salah seorang pemimpin PAS di Kelantan. Artikel tu berkaitan dengan pembinaan Lebuh Raya Rakyat.

Ianya ibarat cubaan kerajaan negeri Kelantan mahu menegakkan benang yang basah dengan menyatakan Lebuh Raya itu lebih penting dari jambatan Palekbang.

Menurut kata pemimpin tersebut, pembinaan jambatan tersebut tidak terlalu mendesak seperti mana pembinaan lebuh raya. Maka sebab itu jambatan tersebut tidak dibina.
KOTA BAHARU – Pembinaan Jambatan Palekbang di Tumpat tidak begitu mendesak untuk disiapkan sekarang memandangkan pembinaan Lebuh Raya Kota Baharu-Kuala Krai perlu diutamakan, kata Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri, Dr Mohamad Fadzli Hassan.
Bercakap kepada pemberita pada majlis perasmian Pusat Penerangan PAS Kelantan di sini, Rabu, Mohamad Fadzli menarik perhatian tentang jumlah besar bakal pengguna lebuh raya itu berbanding jambatan berkenaan yang menghubungkan Kampung Cina dengan Palekbang.
Perasmian pusat itu disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Turut hadir Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Isu pembinaan Jambatan Palekbang itu hangat diperkatakan selepas Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (Tukar) menimbulkan kembali isu berkenaan bagi mendesak kerajaan negeri melaksanakan 22 perkara yang dijanjikan dalam manifesto mereka sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke 8 pada 1990.
Soalnya sekarang bukan pasal jambatan atau pun lebuh raya. Soalnya ialah mengenai berpegang pada janji. Kerajaan Negeri dah janji nak bina jambatan tersebut.

Itu janji yang diorang buat sendiri beberapa tahun yang lalu. Sampai hari ini, jangan kata jambatan, tiang jambatan pun tak nampak. Apa kejadahnya!!!

Tidakkah mereka tahu bahawa memungkiri janji ni satu tindakan orang yang munafik? Ianya salah satu dari tanda - tanda kemunafikan seseorang umat Islam.

Jadi, adakah pemimpin PAS tu mengakui bahawa mereka lebih rela menjadi orang munafik daripada menunaikan janji dengan memberikan alasan yang bukan - bukan?

Itulah. Lain kali jangan suka - suka buat janji yang bukan - bukan!!! Kalau rasa tak mampu nak buat, mengaku je. Jangan menyusahkan orang lain!!! Janji nak buat jambatan pun tak mampu nak ditunaikan, inikan pulak nak buat lebuh raya. Lagi la tak boleh percaya!!!
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Logik ke pas boleh kutip derma sampai RM4billion?Bukan 4 juta atau 40 juta tapi 4 ribu juta!Boleh tu boleh tapi mungkin memakan masa 70-80 tahun.Itupun kalau duit yg terkumpul tu tak tersonglap terlebih dulu untuk tujuan2 lain.

    Bayangkan selepas 10 tahun,pas cuma mampu mengumpul derma setakat 100 juta.Mahu diapakan duit tu?Kos projek makin bertambah,mungkin sudah meningkat 6 billion,duit masih jauh dr cukup.Tidakkah kemungkinan duit itu akan 'lesap' begitu saja,hilang dibawa angin lalu?

    Jadi projek merapu pas ni memang sangat2 tak munasabah dan memperbodohkan penyokong2nya.Kalau pas cerdik cuba buat projek yg berskala lebih kecil dan praktikal untuk dikumpulkan dananya melalui derma.Realisasikan projek2 bawah 50 juta melalui derma misalnya projek buat jambatan atau projek bina masjid dsb.Bila nampak hasil barulah boleh pergi kepada projek2 yg lebih gah dan mahal.

    Orang nak perintah dia nak perintah tapi tak pandai,setakat berceramah politik 24/7 bolehlah pas.

    BalasPadam
  2. nak mentakbir negeri bukan kerja senang inikan pulak nak mentakbir negara.dia hanya pandai bercakap aje tapi tak bolih mentakbir negeri apatah lagi negara.

    BalasPadam
  3. Sahih duit derma yg d kutip oleh puak pas ni akan d songlap oleh mrreka akhirnya. Duit kutipan memali apa cerita. Sampai hari ni puak2 pas tak boleh jawapmana perginya duit tu. Wahai rakyat2 kelate baik yg duduk d kelate dan luar kelate jangan tertipu dgn mereka. Akhirnya poket mereka yg kembong yg menderma dgn ikhlas akan papa kedana. Murah sungguh moral pemlmpin pas kononnya utk berjihad. Kepala bapak depa.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping