Gempar!!! Rupanya bukan setakat Si Bob Lokman tu sahaja yang telah dikejarkan ke Hospital. Tapi Si Mahfuz Bean ni pun sama.
Dia dimasukkan ke wad kecemasan sebab pengsan dilanggar dek 10ribu bijik teksi yang berhimpun hari ni untuk pelancaran TR1M.
Sebelum ini, Si Mahfuz Bean tu kata seluruh warga kerja teksi yang ada di Kuala Lumpur memboikot pelancaran tersebut dan menolak tawaran Kerajaan.
Kononnya, kata dia, pemandu teksi bukannya sekadar nak tayar kereta sahaja. Mereka mahu hak mereka dipelihara dan kebajikan mereka tidak diabaikan.
Namun, malangnya dakwaan serta 'Black Ops' yang cuba dilakukan oleh Si Mahfuz Bean tu menjadi sebaliknya. Apa yang dia dakwa tidak menjadi kenyataan.
Lebih daripada 25ribu orang pemandu teksi berkumpul dan berhimpun sewaktu Majlis tersebut diadakan hari ini di Stadium Bukit Jalil.
Kehadiran mereka menyatakan sokongan terhadap bantuan Kerajaan sekali gus menolak dakwaan yang telah dibuat oleh Si Mahfuz tu sebelum ini. Tapi nak buat macam mana. Dia setakat tau menipu je. Bukannya dia reti buat kerja sangat pun!!!
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi di negara ini melalui program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma).Najib berkata di bawah program TR1Ma ini, setiap pemandu pertama teksi akan menerima baucar subsidi tayar sebanyak RM520 bagi penggantian empat tayar untuk tempoh dua tahun."Subsidi sejumlah RM34.84 juta yang disalurkan oleh 1Malaysia Development Bhd ini akan memanfaatkan seramai 67,000 pemandu teksi di seluruh negara," katanya semasa melancarkan TR1Ma di hadapan 25,000 pemandu teksi di Stadium Bukit Jalil di sini.Beliau berkata jenis teksi yang layak menerima subsidi ini ialah teksi bajet, teksi eksekutif, kereta sewa dan teksi lapangan terbang.
Selain itu, Najib juga mengumumkan bahawa kerajaan melalui Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan menyediakan dana lebih daripada RM1 juta untuk menyediakan Skim Insurans Perlindungan Kemalangan Diri kepada 100,000 pemandu teksi di seluruh negara.
Beliau berkata, ini adalah inisiatif jangka pendek kerajaan untuk meringankan beban golongan pemandu teksi di negara ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.