Ahad, Jun 24, 2012


Gara - gara ghairah sangat nak berdebat, Si Din Pudu ni kantoi jugak buat kesilapan. Dia secara tidak lansung telah menghina masyarakat kaum India di Malaysia.

Dengan menyatakan bahawa Perarakan Thaipusam, upacara keagamaan masyarakat tersebut sebagai satu perhimpunan, jelas Si Din Pudu hanya menguris hati segelintir dari mereka.

Si Din Pudu tu jelas mahu menyamakan Perhimpunan Bersih dengan Perarakan dimana kedua - duanya memang jauh berbeza diantara satu dengan yang lain.

THAIPUSAM - Upacara Keagamaan yang disambut oleh kaum India di Batu Caves setiap tahun
Perarakan Thaipusam merupakan upacaraan keagamaan, manakala Perhimpunan Bersih 3.0 hanya perhimpunan yang dianjurkan untuk menghuru - harakan Negara sahaja.

Lain la kalau Si Din Pudu ni anggap Perhimpunan Bersih 3.0 tu sebagai satu upacara keagamaan jugak!!! Kalau berhimpun tu, dapat pahala ke Din? Kalau dapat duit ada la!!!

PERHIMPUNAN BERSIH - Upacara Keagamaan PAS yang juga WAJIB disambut setiap tahun
Kalau bagi kaum India, Thaipusam ni satu upacara wajib dalam agama mereka. Si Din Pudu tu nak jadikan Perhimpunan Bersih ni satu acara wajib jugak ke buat umat Islam?

Lepas dia tersalah cakap tu, sesetengah ahli MIC yang mewakili majoriti suara masyarakat India di Malaysia mendesak agar Si Din Pudu tu tarik balik kenyataan tersebut.

Setalah berjaya membangkitkan kemarahan kaum India secara keseluruhannya, Si Din Pudu ni sekali lagi menghina mereka dengan menyatakan bahawa mereka tak faham bahasa Malaysia.
“Nasihat saya kepada Pemuda MIC, sila cari pakar dan guru bahasa Melayu untuk faham apa yang saya perkatakan," kata beliau ketika ditemui di Skudai semalam.


"Sebahagian mereka (kaum India) faham, hanya sebahagian kecil yang tidak faham dan jadikan ia sebagai satu isu politik murahan,” katanya kepada Sinar Harian.
Nah!!! Kenyataan itu juga jelas satu penghinaan kepada kaum India. Mereka yang duduk lama di Malaysia ni pun boleh faham apa yang cuba nak disampaikan oleh Si Din Pudu.

Yang pastinya, bukan kaum India tu yang tak faham bahasa. Tap, sebaliknya Si Din Pudu tu yang tak reti nak hormat agama orang lain dan menggaitkannya dengan Perhimpunan Bersih.

Bayangkan seorang pemimpin Islam yang faham tentang agama dan hukum menghormati agama masyarakat lain tidak mampu nak mempraktikkannya. Bila hak orang pun dia main langgar je, macam mana dia nak jaga Negara dimasa akan datang? Jahanam la jadinya!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. salam 1 Malaysia. Kebanyakan kita tengok debat itu. Apa yang jelas kita dengar ialah dia menyenaraikan perarakan perayaan keagamaan tergolong dalam demonstrasi jalanan. Kebanyakan kita tahu kesalahan itu. Semoga dia boleh muhasabah kembali.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping