Rabu, Jun 20, 2012


Haduh mak!!! Malunya la Si Nik Aziz ni dapat orang kanan macam Si Husam Musang tu ye. Patut la dia tak nak lepaskan jawatan Menteri Besar tu.

Mana tidaknya. Ada bakal pengganti pun buat kerja macam hampeh. Siap menipu duit pelabur - pelabur dari luar Negara lagi. Mana la Si Nik Aziz tu tak malu muka dia.

Korang fikir la sendiri. Sedangkan orang luar dia boleh tipu hidup - hidup dan secara terang - terangan macam tu punya mudah, inikan pulak orang tempatan. Kacang je la.

Patut la isu berkaitan dengan skandal Ladang Rakyat tu masih tak selesai lagi sampai sekarang. Itu pun rakyat masih tak sedar lagi? 

Sudah la!!! Jangan la mudah sangat kita nak ditipu dek puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Diorang bukannya nak buat kerja lain. Asyik menipu tu je la kerjanya pun!!! Pemimpin menda jadahnya kalau macam tu!!!
KUALA LUMPUR - Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT) iaitu sebuah syarikat pengeluar mata wang dinar dan dirham milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) didakwa berhadapan dengan kemelut salah laku terutamanya melibatkan salah seorang pegawai kanan syarikat tersebut. 

Berdasarkan satu laporan polis yang dibuat oleh seorang pelabur Jepun, Takao Kono pada 28 Mei lalu, beliau mendakwa menjadi mangsa penipuan pegawai kanan berkenaan yang dianggarkan melibatkan wang berjumlah AS$1 juta (RM3.19 juta). 

Difahamkan pelabur Jepun itu sebelum ini dikatakan tertarik dengan perniagaan program syiling dinar dan dirham yang diperkenalkan oleh lelaki itu membabitkan KGT. 

Malah, pegawai terbabit dikatakan menggunakan nama dua sultan di negara ini dan juga Kesultanan Sulu, selain nama kerajaan Zimbabwe bagi mempengaruhi pelabur Jepun tersebut. 

Pelabur Jepun itu dikatakan telah menyediakan wang berjumlah AS$1 juta (RM3.19 juta) dalam masa satu bulan dan kemudian membeli emas serta perak untuk program perniagaan dinar dan dirham. 

Bagaimanapun, Kono kemudian ingin menarik diri daripada perniagaan tersebut selepas hilang keyakinan terhadap pegawai kanan itu, namun emas dan perak yang dibelinya dikatakan telah dihantar ke Kazakhstan. 

Bukan itu sahaja, terdapat satu lagi laporan polis yang telah dibuat oleh seorang individu warga Perancis bernama Mohamed Esfih pada 1 Jun lalu terhadap pegawai yang sama ekoran aktiviti keagamaan yang begitu meragukan dilakukan oleh lelaki itu di sebuah kondominium hampir setiap pagi Ahad. 

Menurut Mohamed, sepanjang beliau menyertai kumpulan itu kira-kira dua bulan lalu, didapati lelaki yang digelar sebagai "Sheikh" tersebut mendakwa dirinya dianugerahkan kuasa yang luar biasa. 

Sementara itu, bekas Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamad juga telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 31 Januari lalu berhubung salah laku dikatakan telah dibuat oleh pegawai kanan tersebut ketika memegang satu jawatan penting KGT. 
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping