Kita semua sedia maklum bahawa puak - puak Pakatan Pembangkang ni memang pandai berlakon. Diorang pandai berubah watak dalam apa jua keadaan sekali pun.
Bukan setakat yang lama je pandai buat kerja macam tu. Yang baru pun sama. Semalam, Si Nik Nazmi tu berlakon kononnya dia prihatin dengan nasib penduduk Kelana Jaya.
Jadi, dia pun keluarkan satu kenyataan mengecam tindakan Kerajaan PKR Selangor yang dipimpin oleh Si Khalid Gagap tu kerana nak buat pembangunan diatas padang PKNS.
KUALA LUMPUR, 4 Jun — PKR hari ini mendesak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) supaya membatalkan hasrat mereka untuk membangunkan kawasan padang PKNS Kelana Jaya demi kepentingan masyarakat setempat.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataannya berkata, projek itu juga jelasnya bercanggah dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.“Pendedahan oleh Jawatankuasa Selamatkan Padang Rakyat bahawa cadangan pembangunan Kompleks Sukan PKNS di Kelana Jaya berdasarkan versi tidak sah Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) mempunyai implikasi besar bukan sahaja untuk projek tersebut tetapi Petaling Jaya secara keseluruhan,” kata Nik Nazmi.
Itu yang dia cakap semalam. Tapi, meh kita tengok apa yang dia buat sebelum ini. Adakah benar dia turun untuk membela rakyat di Kelana Jaya?
KELANA JAYA, 24 Mei 2012 - Sesi dialog diantara penduduk Kelana Jaya, PKNS dan pemaju yang diadakan di Kompleks Sukan Kelana Jaya, malam semalam, 23 Mei, menjadi agak tegang apabila rata-rata penduduk yang hadir dengan lantang menolak pelan pembangunan di tapak Kompleks Sukan dan Padang PKNS Kelana Jaya.
Wakil PKNS yang hadir ialah YB Azmin Ali dan Pengurus Besar PKNS itu sendiri Othman Omar , ahli Dewan Undangan Negeri (Seri Setia) , YB Nik Nazmi yang juga bertindak sebagai pengerusi majlis, manakala yang lain yang turut hadir ialah konsultan-konsultan dan peguam yang terlibat dalam projek pembangunan di dalam kawasan padang PKNS Kelana Jaya.
Penduduk yang hadir dalam sesi dialog mendakwa tujuan sebenar dialog diadakan adalah usaha PKNS dan pemaju untuk berkompromi dengan penduduk bagi menerima cadangan pembangunan yang diubahsuai bagi kepentingan penduduk setempat.
Dah nampak sangat yang Si Nik Nazmi dan Si Azmin ni turun ke Kelana Jaya untuk memujuk rakyat agar bersetuju dengan cadangan pembinaan kawasan perniagaan diatas padang tu.
Jadi, memang sah la dia hanya setakat berlakon je untuk menunjukkan simpati kepada rakyat. Bukannya dia ikhlas sangat pun nak memperjuangkan hak dia!!!
Setakat buat demi meraih sokongan rakyat menda kejadahnya!!! Buat mengabihkan masa je!!! Itu pun setelah orang ramai membantah projek tu.
Tapi apa nak buat ye tak. Dah memang kerja diorang ni menipu rakyat. Bukannya diorang tau buat kerja lain!!! Ini la yang orang kata Musang Berbulu Ayam!!! Satu Hapah pun tak boleh diharap!!! Cakap je lebih, buat kerja tak reti!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.