Ahad, Jun 03, 2012


Ini macam ke Si Din Pudu ni nak jadi Menteri Besar di Negeri Johor? Nak buat pendirian mempertahankan kedaulatan Raja - Raja Melayu pun takut, macam mana nak jadi MB?

Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai kebiadapan Si Nizar Lilin, salah seorang Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mengkritik Sultan Johor secara terang - terangan.

Dia jelas telah mengutuk tindakan DYMM Sultan Johor kerana berjaya membida nombor plat penuh kontroversi WWW1 dengan harga melebihi RM 500ribu.

Tindakan tersebut telah mendapat kecaman hebat dari seluruh rakyat Malaysia terutama sekali bagi rakyat Negeri Johor sendiri.

Mereka mendesak agar satu siasatan dilakukan terhadap kenyataan biadap Si Nizar Lilin tu dan dianggap menghina institusi Raja - Raja Melayu.

Rakyat Johor sudah bersuara dan menyatakan ketidak-puasan hati mereka terhadap perkara tersebut. Namun, PAS pula hanya berdiam diri.

Nak pulak Si Din Pudu yang berangan - angan nak jadi Menteri Besar Johor ni. Baru hari ni la dia nak bukak mulut dan mengulas mengenai perkara tersebut.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, adalah tidak adil menyalahkan Pas kerana itu adalah tindakan spontan Mohammad Nizar selepas pengumuman dibuat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Biarlah undang-undang mengambil tempat berhubung perkara ini. Kita serahkan kepada saluran perundangan, setiap orang melakukan kesilapan.

"Tidak ada sesiapa pun berhak menghukum beliau melainkan undang-undang," katanya kepada Sinar Harian semalam.
MENGECEWAKAN!!! Itu sahaja yang dapat disimpulkan dari kenyataan media yang dikeluarkan oleh Si Din Pudu ni. Dia hanya sekadar mengalih isu sahaja.

Kata dia, tindakan Si Nizar Lilin tu tak wajar dipersalahkan dan PAS juga tidak terlibat. Ianya hanya pandangan peribadi Si Nizar Lilin dan tidak ada kaitan dengan pendirian PAS.

Nampak sangat Si Nizar Lilin ni nak 'Play Safe' demi menyelamatkan bontot dia sendiri. Dia tak berani nak kecam tindakan Si Nizar tu bagi menunjukkan yang dia setia kepada Sultan.

Kalau dah Sultan pun dia tak mampu nak 'backup', macam mana dia yakin dia mampu nak mempertahankan Institusi Raja - Raja Melayu dimasa akan datang?

Kalau setakat macam tu je kenyataan yang dia mampu buat, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!! Itu menunjukkan yang Si Din Pudu ni TAK LAYAK jadi Menteri Besar Johor!!! Rakyat Johor perlu tolak dia dalam PRU akan datang!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping