Khamis, Jun 14, 2012


Hah!!! Ni kenapa pulak dengan Si Ketua Penipu ni? Angin tak de, ribut tak de. Tak pasal - pasal je dia nak mengamuk tak tentu arah ni apa pasal?

Dan kenapa pulak dia nak buat desakan kepada Haji Hadi? Apa tindakan yang perlu Haji Hadi ambik untuk menenangkan amukan Si Ketua Penipu tu?

Semuanya berpunca dari Si Nizar Lilin tu la, siapa lagi. Disebabkan keBODOHan dia mengeluarkan kenyataan mengenai Tuanku Sultan Johor, habis peluang diorang.

Si Ketua Penipu tu punya la yakin yang diorang akan dapat menawan Johor dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Siap umum satu dunia dah mengenai perkara tersebut.

Tapi disebabkan Si Nizar Lilin tu punya pasal, habis berkecai semuanya. Perancangan mereka selama hari ini hanya menemui jalan buntu belaka.

Macam mana mungkin rakyat Negeri Johor dapat menerima kehadiran PAS di tanah mereka apatah lagi nak jadikan salah seorang dari mereka sebagai Menteri Besar kelak.

Kalau Ahli Jawatankuasa PAS Pusat macam Si Nizar Lilin tu pun tanpa segan silu mengkritik Tuanku Sultan dengan muka selamba badak, bayangkan la kalau orang lain pulak nanti.

Rasanya, lagi teruk dari itu perangainya. Mungkin disebabkan inilah, Si Ketua Penipu tu mengamuk sakan. Dia nak Si Nizar Lilin ni dikenakan tindakan tegas.

Bukan apa. Semua tindakan tu mungkin hanya sekadar nak tunjuk bahawa diorang pun ambik berat pasal isu ni. Diorang masih lagi hormat dengan Raja - Raja Melayu.

Ala, kita bukan tak tau perangai diorang ni. Semua yang diorang buat hanya wayang semata - mata. Bukannya diorang ikhlas pun. Buat hanya kerana nak undi. Itu sahaja.

Kalau kita dengar ucapan DYMM Tuanku Sultan Johor dalam berita tadi pun kita dah dapat bayangkan yang peluang untuk PAS serta Pakatan Pembangkang menawan Johor semakin tipis.

Rasanya, kalau Semut jadi Din Pudu sekali pun, sudah tentu Semut akan fikir dua kali untuk tukar kerusi Parlimen. Inikan pulak kalau nak bertanding di kerusi DUN. Lagi la harunya.

Mana tidak. Dah memang jelas rakyat akan tolak mereka didalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Jadi, macam mana diorang boleh berangan nak tawan Negeri Johor sedangkan Sultan sendiri pun murka dengan sikap diorang!!! Setakat merasa habuk, BOLEH LA!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping